awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program vaksinasi bergerak rumah jagaan warga emas, OKU bermula Selasa ini

Bernama
Bernama
05/06/2021
22:28 MYT
Program vaksinasi bergerak rumah jagaan warga emas, OKU bermula Selasa ini
Amirudin berkata sebanyak 16 pasukan bergerak akan menjalankan program tersebut bagi memastikan golongan itu tidak tertinggal dalam menerima vaksin. - Facebook@/amirudinbinshari
SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan memulakan Program Outreach Vaksinasi COVID-19 di Rumah Jagaan Warga Emas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bermula Selasa ini.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran di Twitter @AmirudinShari berkata sebanyak 16 pasukan bergerak akan menjalankan program tersebut bagi memastikan golongan itu tidak tertinggal dalam menerima vaksin.
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan memulakan Program Outreach Vaksinasi COVID-19 di Rumah Jagaan Warga Emas dan OKU. Sebanyak 16 pasukan bergerak akan memulakan program ini pada 8 Jun bagi memastikan golongan warga emas dan OKU tidak tertinggal utk menerima vaksin. pic.twitter.com/pVVYJIg9uf
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) June 5, 2021
Menurut beliau program berkenaan ditawarkan kepada pusat jagaan kerajaan (Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat, pusat jagaan berlesen (di bawah Akta 506 dan Akta 586) serta pusat jagaan swasta tidak berlesen.
"Ia melibatkan sebanyak 68 pusat jagaan OKU dan 1,893 penghuni serta penjaga bersetuju menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi program ini," katanya pada Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OKU
#warga emas
#suntikan
#vaksin
#program vaksinasi
#Amirudin Shari
#COVID-19
#JKNS
#Program Outreach Vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan