awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Vaksinasi COVID-19 di Miri bermula hari ini

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
06/03/2021
03:54 MYT
Program Vaksinasi COVID-19 di Miri bermula hari ini
16,380 dos Vaksin Phizer BioNTech tiba di Pejabat Farmasi Bahagian Miri pada Khamis untuk program vaksinasi di kawasan wilayah utara Sarawak. - FOto Astro AWANI
MIRI: Fasa Pertama Program Vaksinasi COVID-19 di bahagian Miri Sarawak bermula hari ini.
Program melibatkan enam Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu Hospital Miri, Hospital Marudi, Dewan Eastwood, Dewan Dato Permaisuri, Dewan Masyarakat Bekenu, dan Dewan Suarah Marudi.
Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Datuk Lee Kim Shin memaklumkan semua persiapan berjalan lancar.
Antara aspek yang diberi perhatian termasuk Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sangat ketat dan sistem pengurusan yang strategik untuk pendaftaran penerima vaksin di setiap PPV.
“Untuk program vaksinasi hari ini di bahagian Miri kita akan melaksanakannya sekitar jam 3 petang di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terlibat,”
“Kita dah buat persediaan untuk program ini selama dua minggu dan sehingga semalam telah kita laksanakan simulasi bermula tiga hari lepas,” katanya semasa dihubungi Astro Awani pada Sabtu.
Antara wakil rakyat yang akan divaksin di Miri hari ini ialah ADUN Senadin Datuk Lee Kim Shin dan ADUN Pujut, Datuk Sebastian Ting Chiew.
Manakala ADUN Marudi Datuk Dr Penguang Manggil dan ADUN Bekenu Datuk Rosey Yunus telah menerima vaksin di Kuching baru-baru ini.
Dalam pada tu Shin mengulangi gesaan agar orang ramai khasnya di Miri yang berusia 18 tahun ke atas untuk segera mendaftar bagi memudahkan JPBB menyediakan program vaksinasi fasa kedua dan fasa ketiga.
“Fasa kedua mungkin bermula hujung April ini dan tarikhnya akan diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Sarawak dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak,”
“Gunalah kesempatan ini untuk mendaftar dalam program vaksinasi melalui empat saluran yang telah ditetapkan antaranya melaui Majlis Bandaraya, atau mendaftar di 23 Klinik Kesihatan (KK) yang terdekat,” jelasnya.
Merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Senadin, beliau memberitahu penduduk kawasan di pedalaman boleh mendaftar melalui ketua kaum, tuai rumah dan kapitan yang telah ditugaskan di kampung masing-masing.
Pada Khamis, sebanyak 16,380 dos Vaksin Phizer BioNTech telah tiba di Pejabat Farmasi Bahagian Miri dan akan digunakan untuk program vaksinasi di kawasan wilayah utara Sarawak merangkumi Miri dengan 11,700 dos, serta Limbang dan Bintulu masing-masing dengan 2,340 dos.
Ends.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#BioNTech
#vaksin
#program vaksinasi
#Miri
#Kuching
#ADUN
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#Astro Awani
#Malaysia
#SOP
#Bintulu
#kesihatan
#rakyat
#operasi
#menteri
#Lee Kim Shin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan