Bermula dengan himpunan Bersih, kemudian ada kumpulan mendidik pengundi seperti Tindak Malaysia yang menuntut supaya dilakukan peningkatan terhadap sistem pilihan raya di negara ini.

Hari ini, sekelompok rakyat Malaysia yang menamakan diri mereka Projek BERES, meneruskan gelombang ini dengan inisiatif baru pembaharuan sistem pilihan raya.

BERES merupakan singkatan kepada “Blueprint for Effective Reform of the Electoral System”, dan mendakwa mereka tidak berminat dengan 'politik salah menyalah'. Sebaliknya, Projek BERES mendakwa mereka akan memberikan kerajaan, pembangkang dan sebuah negara "satu pelan tindakan yang komprehensif dan sedia digunakan untuk reformasi pilihan raya yang bermakna".

Projek BERES dimulakan dengan 40 warganegara prihatin terdiri daripada peguam sukarela, ahli-ahli sains politik, juruaudit, pusakawan, artis, ahli fizik di dalam dan lura Malaysia.

"Tumpuan kami (Projek BERES) bukan mahu mendedahkan penipuan dan mengubah keputusan lalu -kami akan tinggalkan perkara tersebut pergerekan sivil yang lain untuk melawan dengan pihak berkuasa- tetapi bagaimana untuk mengukuhkan proses pilihan raya kita . Pendekatan kami adalah mudah. Mengenalpasti masalah, menawarkan penyelesaian.Dalam semua,kami kini mempunyai 80 cadangan," kata Projek BERES dalam satu rencana mengenai inisiatif tersebut.

Antara cadangan yang pertama adalah untuk "menekan butang reset dan remap kawasan pilihan raya". Ia untuk memastikan setiap undi adalah seperti yang sama yang mungkin di bawah keadaan sosio-politik semasa.

"Kami mahu tingkatkan kerusi parlimen kepada 230 dan terdapat dua kaedah: Pertama, kerusi persekutuan untuk setiap negeri mestilah mencerminkan populasi pengundi. Kedua, kerusi Sabah dan Sarawak mesti ditingkatkan mengikut nisbah kerusi dalam Perjanjian Malaysia 1963".

Satu lagi cadangan utama Projek BERES adalah untuk mempunyai badan yang memantau SuruhanJaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan perlembagaan dipatuhi.

Badan pemantau tersebut akan memantau SPR dan akan menangani aduan mengenai kelakuan Suruhanjaya dan mengarahkan ia mematuhi, dan juga peraturan-peraturan dan prosedur kajian dalam bagaimana pilihan raya dijalankan.

Projek BERES juga menjelaskan, mereka memberi tumpuan kepada undang-undang dan ia berbeza dengan Bersih atau Tindak Malaysia.

Kumpulan itu akan mengkaji undang-undang pilihan raya dan lain-lain, termasuk Perlembagaan serta amalan-amalan terbaik di seluruh dunia, kumpulan itu akan mengemukakan cadangan mereka kepada pihak berkuasa.