Wakil rakyat DAP Teh Yee Cheu berkata projek pembinaan perumahan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh semalam adalah antara projek dibantah keras oleh beliau.
"Sejak tiga tahun lepas saya membuat bantahan menerusi pelbagai saluran termasuk di persidangan Dewan Undangan Negeri dan menulis kepada kerajaan negeri tetapi tiada sebarang tindakan malah ia tetap diluluskan," katanya.
Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah yang ditemui di lokasi tanah runtuh yang menimbus 11 pekerja projek pembinaan itu, berkata pada masa ini terdapat sekurang-kurangnya tiga projek perumahan di lereng bukit sedang dijalankan yang berisiko menyebabkan tanah runtuh.
Selain itu, Teh mendakwa terdapat 10 lagi projek perumahan di lereng bukit di kawasan berkenaan yang dalam proses diluluskan oleh kerajaan negeri.
"Semua pemakluman projek di kawasan Tanjung Bungah dihantar kepada pejabat saya untuk ulasan dan saya sendiri membantah sekeras-kerasnya termasuk projek di Lengkok Lembah Permai yang berlaku kejadian tanah runtuh itu," katanya.
Teh berharap tiga projek membabitkan perumahan puluhan tingkat yang sedang dijalankan dan 10 lagi yang dalam proses diluluskan dapat dihentikan terus supaya tidak berlaku lagi kejadian tanah runtuh seperti Sabtu.
Beliau berkata semua projek itu juga telah dibantah oleh penduduk tetapi tidak pernah diendahkan oleh pihak atasan berkenaan.
"Kawasan lereng bukit di Tanjung Bungah merupakan kawasan strategik dan ia memberi keuntungan kerana mempunyai nilai hartanah yang tinggi...sebab itu semakin banyak projek pembinaan terutama perumahan dibina di sini," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri dan pemaju perlu bertanggungjawab berhubung kejadian tanah runtuh di tapak projek perumahan di Lengkok Lembah Permai itu.
Dalam kejadian pada 8.57 pagi Sabtu, 11 pekerja pembinaan perumahan mampu milik tertimbus apabila tanah di lereng bukit berhampiran projek itu runtuh. Sehingga 8 malam tadi sembilan mayat telah ditemui.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2017
Teh Yee Cheu berkata kerajaan negeri dan pemaju perlu bertanggungjawab berhubung kejadian tanah runtuh di tapak projek perumahan di Lengkok Lembah Permai itu. - Gambar fail
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.