Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang dengan bandar-bandar utama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dilihat sebagai satu projek yang tidak munasabah.
Menurut pakar ekonomi Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, Malaysia akan menanggung segala risiko dalam menyelesaikan hutang terbabit bersama faedah dalam tempoh dua dekad.
Malah, Prof Jomo turut mempersoalkan mengapa sistem landasan kereta api sedia ada tidak boleh dipakai.
Pada masa sama, beliau meragui jika jumlah penumpang dan muatan mencukupi bagi menyokong pembinaan laluan rel berkelajuan tinggi itu.
"Kita hanya perlu mempercepatkannya, bukan membangunkan kereta api laju atau kereta api bullet.
"Kereta api laju ini untuk siapa? Adakah orang dari Kota Bharu atau Kelantan akan datang kerja setiap hari di Kuala Lumpur?” katanya.
Sebelum ini, memetik laporan Malaysiakini, projek ECRL ini dilapor menelan belanja lebih RM60 bilion di mana RM55 bilion daripadanya akan dipinjamkan oleh bank dari China dengan kadar bunga rendah.
Kata Jomo, pinjaman yang dibuat Malaysia daripada Export-Import Bank of China (Exim Bank) akan digunakan untuk membayar China Communications Construction Company (CCCC), kontraktor utama ECRL.
“Pembayar cukai Malaysia sudah pasti akan menjadi penjamin bagi pinjaman itu,” katanya lagi.
Menurut Jomo, justifikasi membangunkan ECRL adalah bagi menampung hampir 60 juta tan muatan setiap tahun menjelang 2035.
“Ini sesuatu yang luar biasa memandangkan KTM hanya membawa kira-kira enam juta tan setahun dalam keseluruhan rangkaiannya di seluruh negara,” katanya.
"Jika lonjakan besar dalam jumlah kargo yang diunjurkan tidak menjadi kenyataan, projek itu akan kerugian besar, bermaksud pembayar cukai untuk generasi seterusnya perlu membayar hutang projek ECRL,” jelasnya.
Prof Jomo ialah ahli Majlis Penasihat Kerajaan yang berfungsi menasihati kerajaan mengenai ekonomi dan kewangan.
Ahli majlis yang lain terdiri daripada bekas menteri kewangan dan ahli perniagaan Tun Daim Zainuddin; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican; tokoh korporat, Tan Sri Robert Kuok.
Dania Zainuddin
Thu May 17 2018
PROF JOMO: Malaysia akan menanggung segala risiko dalam menyelesaikan hutang terbabit bersama bunga dalam tempoh dua dekad. -Gambar Facebook / Saya Sayang Tun Dr Mahathir
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
Jangan guna lagu artis Iban tanpa kebenaran - Parisa
Persatuan Artis Iban Sarawak (Parisa) menggesa mana-mana pihak supaya tidak menggunakan lagu hasil karya atau nyanyian artis-artis Iban sesuka hati.
Columbia University batalkan konvokesyen berikutan demonstrasi pro-Palestin yang berterusan
Pihak universiti berkata ia -akan meninggalkan majlis konvokesyen utama pada 15 Mei- dan sebaliknya menganjurkan beberapa siri kecil majlis.
Pihak berkuasa Palestin minta AS campur tangan halang Israel serang Rafah
Tentera Israel keluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah dan bergerak ke selatan Gaza.
Peluang trio pecut wanita ke Olimpik masih samar - PKBM
Peluang trio pecut wanita negara yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 di Pulau Pinang dijangka terima 200,000 pengunjung
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 akan berlangsung di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang dari 13 hingga 22 Mei ini.
UPNM akan tawar latihan berkaitan bidang rel buat veteran, bakal pesara tentera
Veteran dan bakal pesara tentera akan berpeluang menyambung kerjaya dalam bidang rel melibatkan sektor komunikasi dan keselamatan.
Malaysia berupaya sertai pasaran koko global - Johari
Johari berkata Malaysia adalah di antara pemain koko utama dunia terutamanya di peringkat pertengahan dan hiliran.
Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke
Kemajuan pelaksanaan projek ECRL yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor telah mencapai purata 65 peratus setakat April.
ECRL: Kerja alih, pindah kubur di Selat Klang ditangguh seminggu - Amirudin
Kerja penggalian dan pemindahan 90 kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang bagi memberi laluan kepada pembangunan projek ECRL yang dijadualkan esok, ditangguhkan seminggu.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Kerajaan susun strategi perkukuh daya saing pelabuhan negara
Kerajaan telah menyusun strategi jangka masa pendek dan panjang bagi memperkukuhkan daya saing pelabuhan utama negara iaitu Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kelantan tiada masalah pengambilan tanah untuk lanjutkan ECRL ke Rantau Panjang
Kerajaan Kelantan tidak mempunyai sebarang masalah pengambilan tanah jika cadangan pelanjutan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambung sehingga Rantau Panjang dipersetujui kerajaan MADANI.
Kemajuan pembangunan projek ECRL di Terengganu melebihi 80 peratus
Kemajuan projek di negeri ini adalah yang terpantas dan mencatat peratusan tertinggi berbanding tiga negeri lain.
Isu sambung ECRL hingga Rantau Panjang telah dibincang dalam MTEN - Loke
Isu penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang telah dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini.
Kos pembinaan ECRL kekal pada RM50.27 bilion - Anthony Loke
Kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih kekal pada RM50.27 bilion.
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai lebih 60 peratus
Darwis berkata kemajuan berkenaan setakat Februari lepas dan pembinaan projek ini berjalan lancar.