awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini
OM selesaikan ganjaran hadiah kewangan bekas atlet olahraga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek empangan: 'Syarikat perlu patuh undang-undang, hormat hak Orang Asli' - Nik Nazmi

Khalis Khadir
Khalis Khadir
10/09/2024
10:56 MYT
Projek empangan: 'Syarikat perlu patuh undang-undang, hormat hak Orang Asli' - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad (tiga, kiri) bersama ahli panel dan peserta Seminar Serantau Mengenai Keadilan Iklim yang diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa.
KUALA LUMPUR: Semua projek pembinaan empangan hidroelektrik perlu patuh kepada perundangan termasuk menghormati keperluan komuniti setempat.
Kenyataan itu ditegaskan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad bagi mengulas kemenangan kumpulan Orang Asli pada Isnin dalam mempertahankan hak tanah adat mereka daripada projek pembinaan empangan di Gopeng, Perak.
“Semua syarikat perlu patuh kepada perundangan terutama jika melibatkan tanah orang Asli kerana ia ada dasar tersendiri dan kalau melibatkan kawasan sumber air serta kawasan hutan, ia juga ada peraturannya.
“Memang sesetengah itu di bawah bidang kuasa negeri tapi untuk isu ini, ia memang perlu ikut segala panduan yang ditetapkan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri termasuk hak tanah Orang Asli sebab ia perlu mematuhi keperluan komuniti setempat di sana,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Serantau Mengenai Keadilan Iklim, di sini, pada Selasa.
Mahkamah Tinggi Ipoh pada Isnin memerintahkan dua syarikat yang terlibat dengan projek pembinaan empangan hidroelektrik mini di Ulu Geruntum, Gopeng supaya keluar dari tanah adat Orang Asli itu serta-merta dan menghentikan pembinaan projek berkenaan.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet turut memerintahkan Perak Hydro Renewable Energy Corporation Sdn Bhd dan Conso Hydro R E Sdn Bhd membawa keluar peralatan projek dari kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, mahkamah memberikan kedua-dua syarikat berkenaan perintah penggantungan interim selama 30 hari untuk membawa keluar barangan mereka seperti paip besar dari kawasan itu.
Sementara itu, Nik Nazmi turut menjawab kontroversi Hutan Simpan Belara, Terengganu yang akan dibangunkan projek ladang kelapa sawit sehingga dijangka memberi risiko banjir serta gangguan bekalan air semasa kemarau.
“Seperti anda tahu cara kita beroperasi di peringkat nasional, kita tetapkan piawaian dan garis panduan berkait dengan komitmen antarabangsa. Keputusan secara spesifik diputuskan oleh kerajaan negeri di mana hutan tersebut terletak.
“Kita akan pastikan pemantauan teliti dibuat dengan berkomunikasi bersama kerajaan negeri mengenai implikasi atas apa sahaja keputusan yang mereka ambil,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Nik Nazmi
#Hutan Simpan Belara
#Tanah adat
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan