awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek Fleet: Mahasiswa Keadilan Malaysia minta polis siasat Muhyiddin

Bernama
Bernama
28/07/2023
11:50 MYT
Projek Fleet: Mahasiswa Keadilan Malaysia minta polis siasat Muhyiddin
Laporan terhadap Muhyiddin dibuat oleh Naib Pengerusi Mahasiswa Keadilan Malaysia K.Yuveraaj di Balai Polis Daerah Dang Wangi hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahasiswa Keadilan Malaysia hari ini membuat laporan polis supaya siasatan dibuat terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pemberian tender projek kerajaan bernilai RM4.6 bilion.
Ini susulan dakwaan Pengasas dan Penasihat Kumpulan Berjaya Tan Sri Vincent Tan berhubung penamatan surat hasrat (LOI) yang dianugerah kepada syarikat usaha sama (JV) Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza semasa Muhyiddin menerajui kerajaan.
Laporan itu dibuat oleh Naib Pengerusi Mahasiswa Keadilan Malaysia K.Yuveraaj di Balai Polis Daerah Dang Wangi di sini.
"Kami menggesa polis untuk memulakan siasatan tentang perkara ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.
Sebelum ini, media melaporkan Tan sebagai berkata LOI berkaitan kontrak bagi Projek Perbekalan, Pembaikan dan Penyelenggaraan Kenderaan Kerajaan (Projek Fleet) ditamatkan tiga bulan selepas Muhyiddin mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mac 2020.
Tan mendakwa perkhidmatan usaha sama itu ditamatkan serta diberikan kepada Spanco Sdn Bhd dengan perbelanjaan lebih tinggi berbanding bidaan JV Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza.
Susulan itu pada 17 Julai lepas, syarikat usaha sama Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza telah memfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan kerana menamatkan LOI yang ditawarkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Projek Fleet
#Vincent Tan
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan