awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek kereta nasional baharu idea terkebelakang - Khairy Jamaluddin

Atiqah Ismail
Atiqah Ismail
12/06/2018
09:17 MYT
Projek kereta nasional baharu idea terkebelakang - Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin berharap kerajaan akan meletakkan keutamaan kepada penambahbaikan sistem pengangkutan yang lebih menjimatkan kos. - Foto Astro AWANI
Cadangan kerajaan untuk mencipta jenama kereta nasional baharu disifatkan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, sebagai satu idea yang tidak relevan pada masa kini.
Menurut beliau dalam akaun Facebooknya, projek kereta tersebut memerlukan belanja kerajaan yang besar selain tidak mesra alam.
“Apabila projek pengangkutan awam seperti MRT3 dibatalkan, pengumuman projek kereta nasional yang baharu adalah satu langkah regresif dan terkebelakang.
“Projek kereta berkenaan dilihat tidak mesra alam dari segi pelepasan karbon dioksida selain bakal menelan belanja besar kepada kerajaan yang sepatutnya disalurkan kepada pembangunan projek pengangkutan awam,” katanya.
Selain itu, Ketua Pemuda UMNO turut berkata kerajaan sebelum ini sudah memberi dana yang banyak bagi memudahkan urusan pembelian kereta oleh rakyat.
“Sejak 1984, kerajaan menyalurkan pelbagai bantuan kewangan merangkumi pinjaman mudah serta geran berjumlah RM15.3 billion kepada Proton.
“Projek kereta nasional seperti ini juga akan menambah kos kepada rakyat melalui duti eksais.
“Ia boleh mencecah sehingga 105% yang membebankan pengguna yang ingin membeli kereta jenama lain selain dari kereta nasional,” jelasnya lagi.
Bagaimanapun, Khairy berharap kerajaan hari ini meletakkan keutamaan kepada penambahbaikan sistem pengangkutan awam yang lebih menjimatkan kos.
BACA: Tun M bakal lancar projek kereta nasional lagi?
BACA: ‘Kita perlu pengangkutan awam yang lebih efisien’ - Netizen
Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan bakal lancar projek kereta nasional ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia ke-24 di Tokyo pada 11 Jun lalu.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Rembau
#Atiqah Ismail
#duti eksais
#idea terkebelakang
#Ketua Pemuda UMNO
#Khairy Jamaluddin
#Projek kereta nasional
#projek pengangkutan awam
#regresif
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan