awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek LCS: MINDEF sedia beri kerjasama kepada PAC - Timbalan Menteri

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
03/10/2023
05:00 MYT
Projek LCS: MINDEF sedia beri kerjasama kepada PAC - Timbalan Menteri
Kementerian Pertahanan sedia memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, jika dipanggil termasuk berhubung kemajuan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS), kata Timbalan Menterinya, Adly Zahari (gambar kecil). - Gambar fail
PUTRAJAYA : Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa sedia memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), jika dipanggil termasuk berhubung kemajuan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).
Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin boleh memanggil sesiapa sahaja sama ada peringkat menteri atau pegawai-pegawai berkaitan bagi mendapatkan kerjasama.
“Kalau kita lihat di MINDEF, kita sentiasa sedia untuk menerima apa sahaja kerjasama dengan PAC. Kalau PAC panggil kita, sama ada di peringkat menteri atau pun pegawai-pegawai, kita akan berikan kerjasama.
“Pengerusi PAC boleh panggil sesiapa sahaja dan kita di MINDEF akan berikan kerjasama. Itu adalah komitmen kami kepada PAC,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Program Cakna Sains, Teknologi dan Inovasi Pertahanan anjuran Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) di Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), di sini, pada Selasa.
News Straits Time (NST) hari ini melaporkan PAC akan memanggil beberapa pegawai kanan MINDEF, termasuk menteri dan bekas menteri berkenaan kemajuan projek LCS.
Sesi prosiding dijadualkan hari ini bagi PAC mengetahui kemajuan projek bernilai berbilion ringgit itu untuk tempoh Jun hingga Ogos tahun ini.
Portal itu menambah antara individu penting yang akan dipanggil adalah Ketua Setiausaha MINDEF yang baharu, Datuk Seri Isham Ishak; wakil syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) serta wakil Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Mengulas lanjut, Adly bagaimanapun, tidak dapat mengesahkan sama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan telah memberikan keterangan kepada PAC hari ini atau sebaliknya.
Ini kerana katanya, PAC lazimnya akan berhubung terus dengan menteri atau individu berkaitan yang dipanggil.
Terdahulu, media melaporkan Mas Ermieyati berkata laporan kemajuan LCS antara empat laporan yang dijadual dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat yang bermula 9 Oktober ini.
Beliau berkata pembentangan laporan kemajuan projek LCS itu adalah bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023.
Topic Berkaitan
#Projek LCS
#Adly Zahari
#Mindef
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan