KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata adalah tidak wajar untuk menyandarkan kegagalan perolehan kapal tempur pesisir (LCS) kepadanya.
Ini kerana beliau mendakwa bukan Menteri Pertahanan ketika projek itu dianugerahkan.
Menurut Ahmad Zahid, LCS dibina oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) yang merupakan anak syarikat Boustead Holdings Bhd dan pemegang saham terbesar adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
“Merujuk laporan audit dari PAC, kontrak kepada Boustead adalah mengikut Garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Rundingan Terus bertarikh 17 April 2002.
“Secara jelas ia tiada kaitan dengan saya, malah LTAT sendiri menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat pembinaan LCS itu,” katanya seperti dilaporkan portal UMNO-Online.
Khamis lalu, PAC mengumumkan sembilan rumusannya sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (Littoral Combatant Ship - LCS) bernilai RM9 bilion.
BACA: Laporan PAC: Bayaran perolehan kapal tempur pesisir tidak digunakan sepenuhnya
Melalui laporan PAC berkenaan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.
“Saya memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan dari April 2009 hingga Mei 2013. Jadi mana-mana pihak yang menyebabkan kelewatan pembinaannya haruslah bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada PAC," katanya lagi.
Astro Awani
Sun Aug 07 2022

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak wajar kegagalan itu dikaitkan dengannya kerana beliau bukan Menteri Pertahanan ketika projek itu dianugerahkan. - Foto fail/BERNAMA

LTdL 2023: Syritsa tawan peringkat kedua
Pelumba Astana Qazaqstan Team Gleb Syritsa muncul juara saingan peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 sejauh 186.2 kilometer (km), dari Kuala Terengganu ke Aeon Mall, di sini hari ini.

Kastam rampas rokok bernilai RM3.9 juta
JKDM merampas 2.91 juta batang rokok kretek dan rokok putih dianggar bernilai RM3.9 juta menerusi dua operasi berasingan pada 6 dan 12 Sept lepas.

SPRM tak tolak kemungkinan panggil Radzi Jidin - Azam
SPRM tidak menolak kemungkinan memanggil bekas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin bagi membantu siasatan berkaitan projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta.

GV10: Sesi 'soundcheck' buat Jaclyn Victor berdebar jumpa Tok Ram!
Bintang All Stars Gegar Vaganza (GV10), Jaclyn Victor akui berdebar untuk kembali bertanding di pentas program popular itu.

Hapus kerenah birokrasi, permudah urusan jalankan perniagaan - PM Anwar
Pihak berkuasa perlu menghapuskan kerenah birokrasi dan menambah baik urusan untuk menjalankan perniagaan, kata Perdana Menteri.

Banjir kilat di Perak akibat taburan hujan luar biasa
Punca banjir kilat yang berlaku di sekitar Perak baru-baru ini adalah lebih kepada taburan hujan yang sangat lebat ataupun luar biasa.

Mayat wanita muda ditemui di Pantai Puteri
Satu mayat tanpa identiti ditemukan di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini hari ini.

Howard tak perlu ulang perbuatan petik ayat al-Quran - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, ia bagi mengelakkan fitnah dan disalah tafsir hingga mencetuskan polemik yang tidak berkesudahan.

Korban kebakaran kilang di Taiwan cecah 9 orang, 1 masih hilang
Dua lagi mayat ditemukan pada Ahad, lebih 24 jam selepas kebakaran kilang dan letupan di sebuah taman perindustrian di Kaunti Pingtung, Taiwan.

Remaja dikhuatiri lemas selepas selamatkan lelaki di Teluk Senangin
Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas menyelamatkan seorang lelaki lain yang hampir lemas di Pantai Teluk Senangin di sini, hari ini.

Jambatan Al-Sultan Abdullah diharap memangkin ekonomi masyarakat - Ahmad Zahid
Jambatan Guai di Kampung Seberang Guai di Bera, diharap dapat memangkin ekonomi masyarakat tempatan.

PRK DUN Pelangai: Jangan terlalu yakin, pihak lawan telah bermukim - Zahid
Ahmad Zahid berkata, rekod di atas kertas menunjukkan BN, dengan kerjasama Pakatan Harapan (PH), dijangka mampu menang selesa.

Penguatkuasaan bersepadu Op Jamin, pulihkan bekalan beras - Ahmad Zahid
Penguatkuasaan bersepadu Op Jamin akan diteruskan agar kekurangan bekalan beras negara dapat diatasi segera dan dipulihkan.

Parlimen: DNAA kes Zahid keputusan Peguam Negara, saya tidak campur tangan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibuat oleh Peguam Negara atas 11 alasan yang dikemukakan.

Semakan semula Akta Orang Asli 1954 sedang giat dilaksanakan - Zahid
Pelan itu dirangka dalam usaha meningkatkan kualiti hidup melalui penyediaan infrastruktur yang lengkap di seluruh perkampungan Orang Asli.

PM akan jawab isu DNAA di Parlimen esok - Azalina
Azalina berkata, Perdana Menteri akan menjawab persoalan DNAA Ahmad Zahid Hamidi pada jam 2.30 petang di Dewan Rakyat.

Tanah seluas 50,000 hektar untuk projek tanaman padi di Sabah dan Sarawak - TPM Zahid
Kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak telah dikenal pasti untuk pelaksanaan projek penanaman padi.

Peruntukan RM30 juta untuk pembangunan TVET di CENTEXS - Ahmad Zahid
Kerajaan meluluskan peruntukan pembangunan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Komersial.

Himpunan Selamatkan Malaysia: Lebih 2,000 peserta berarak ke IPD Dang Wangi buat laporan
Lebih 2,000 individu berbaju putih mula berarak dari kawasan Masjid Jamek Kampung Baru bagi menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia, pada Sabtu.

DNAA Zahid: Pelik bila Parlimen campuri urusan kehakiman - Nur Jazlan
Tindakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang mahu memanggil Peguam Negara dan bekas Peguam Negara mengenai kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sebagai luar biasa.