awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek lombong nadir bumi lantanid bukan dalam hutan simpan - MB

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/06/2022
12:22 MYT
Projek lombong nadir bumi lantanid bukan dalam hutan simpan - MB
Tangkap layar menunjukkan imej yang diperolehi menerusi dron milik Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS) di tapak lombong lantanid di kawasan Hulu Perak.
IPOH: Projek melombong nadir bumi lantanid di Hulu Perak bukan di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal dan Central Forest Spine (CFS) seperti didakwa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata sebaliknya kawasan projek itu adalah tanah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri (SADC) Perak.
"Mustahil (dakwaan NGO) sebab tanah itu milih SADC, bukan dalam Hutan Simpan Kekal. Itu yang pertama, maknanya tohmahan yang mengatakan ataupun andaian yang mengatakan ia dilakukan dalam kawasan Hutan Simpan Kekal tak betul.
"Yang kedua, dikatakan dalam kawasan CFS... Central Forest Spine. Semak dengan PTG, semak dengan Jabatan Hutan, kita dah pasti, dah sahkan bahawa ia di luar kawasan CFS," katanya.
Beliau ditemui selepas melancarkan Pelan Perak Sejahtera 2030 di sini, pada Rabu.
BACA: Projek lombong nadir bumi lantanid jejas habitat semula jadi haiwan, alam sekitar - SAM
Mengulas lanjut, Saarani berkata, beliau sendiri telah membuat semakan dengan jabatan-jabatan berkenaan dan orang ramai turut boleh berbuat demikian.
Katanya, walaupun laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) projek itu telah diluluskan, banyak lagi proses yang perlu dipatuhi, sebelum ia boleh dimulakan.
Beliau dalam pada itu memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Menurutnya, projek lantanid itu merupakan yang pertama di negara ini dan akan menjadi contoh kepada beberapa negeri lain.
Beliau berharap projek itu dapat dilaksanakan, yang akan sumber baharu kepada pendapatan negeri.
Pada Selasa, Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan negeri mengkaji semula pelaksanaan projek tersebut kerana dikhuatiri akan menjejaskan alam sekitar termasuk mengganggu hidupan liar di kawasan berkenaan.
Topic Berkaitan
#nadir bumi
#lantanid
#Menteri Besar Perak
#hutan simpan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan