Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersetuju jajaran transit aliran ringan (LRT) Bayan Lepas dibina mengikut pelan asal, dan tidak akan mengambil atau menggunakan ruang udara Masjid Jamek Sungai Nibong Besar serta tanah perkuburan di situ.
Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang bermesyuarat pada Jumaat bersetuju dengan cadangan Jajaran LRT berhampiran tapak kubur dan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar diletakkan bersebelahan dan selari dengan jejambat Jalan Sultan Azlan Shah.
"Berikutan itu kami (Kerajaan Negeri) dan MAINPP telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju jajaran LRT yang dicadangkan itu tidak memasuki 'walau seincipun' kawasan kubur dan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar baik yang berada di atas tanah mahupun ruang udara keduanya," katanya pada sidang media di sini.
Menurutnya Kerajaan Negeri sentiasa komited dan menghormati setiap garis panduan hukum hakam Islam yang diputuskan oleh Jawatan Kuasa Fatwa sebelum membuat sebarang keputusan rasmi bagi cadangan jajaran LRT Bayan Lepas di kawasan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
Minggu lepas, beberapa laporan di media sosial mendakwa jajaran LRT Bayan Lepas akan mengambil kira-kira 20 peratus tanah wakaf masjid berkenaan dan melalui kawasan tanah perkuburan di situ, yang sedang dirancang pembinaannya.
Terdahulu dari itu, lebih 100 anggota kariah Masjid Jamek Sungai Nibong Besar mengadakan bantahan aman di hadapan KOMTAR, susulan cadangan pembinaan jajaran LRT berdekatan masjid dan tanah perkuburan.
Zakiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat negeri berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai pelaksana projek pembinaan masjid itu diminta memastikan jadual asal pelaksanaan projek itu tidak terjejas.
"Kerja pembinaan yang terhenti sebelum ini akan diteruskan segera dan mengikut jadual asal, kerja-kerja menanam cerucuk akan bermula pada pertengahan bulan Ogos ini. JKR telah memberikan pengesahan perubahan itu tidak akan menjejaskan kemajuan pelaksanaan projek pembinaan masjid berkenaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Biro Ekonomi dan Wakaf Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, Mohamad Zahary Sheikh Abd Rahman yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata isu itu dianggap selesai selepas pengumuman keputusan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Jumaat.
"Kami anggap isu ini selesai dengan jaminan kerajaan negeri tidak akan mengambil walau seinci pun tanah wakaf masjid dan kubur. Kami berterima kasih kepada pihak MAINPP dan kerajaan negeri kerana mengambil maklum akan keluh kesah ahli kariah dan waris, sepanjang masalah ini timbul," katanya.
Cadangan projek LRT itu terkandung dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang meliputi jarak 30km dan 27 stesen dari Komtar ke pulau tebus guna yang akan dibina di selatan bahagian pulau negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2019
Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang bermesyuarat pada Jumaat bersetuju dengan cadangan Jajaran LRT berhampiran tapak kubur dan Masjid Jamek. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Peruntukan BSAR di Pulau Pinang perkasa, terus majukan sekolah agama
Peruntukan RM4.61 juta bagi Bantuan Sekolah Agama Rakyat (BSAR) Pulau Pinang yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam akan memperkasa serta terus memajukan institusi itu.
Perlu rujuk MAINPP untuk program lawat rumah ibadat bukan Islam
Ia bagi memastikan penganjur mematuhi semua garis panduan termasuk perkara yang boleh serta tidak boleh dilakukan pada program itu.
Bandar pintar Bertam dijangka berpotensi kurangkan 69.7 peratus tenaga dan pelepasan karbon
UKM dengan kerjasama Jinko Solar Technology Sdn Bhd mengorak langkah dalam membangunkan bandar pintar tenaga ini.
Kerajaan P.Pinang ambil kira pendapat penduduk berhubung CLQ di Bertam
Ia merupakan antara pendekatan kerajaan negeri dalam menyampaikan maklumat atau membangunkan sesuatu projek.
Individu tidak puasa di P. Pinang boleh didenda RM1,000, dipenjara
Kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
Tiga kadar zakat fitrah di Pulau Pinang
Tiga kadar zakat fitrah untuk setiap seorang yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang ialah RM7, RM13 dan RM20.
P. Pinang benarkan solat rapatkan saf bermula 1 April
Pulau Pinang membenarkan pelaksanaan solat berjemaah secara merapatkan saf di surau dan masjid seluruh negeri itu bermula 1 April ini.
P.Pinang belum cadang wajibkan dos penggalak untuk solat jemaah
Pulau Pinang belum bercadang untuk mewajibkan hanya mereka yang sudah lengkap divaksinasi dan menerima suntikan dos penggalak dibenarkan menunaikan solat jemaah di masjid atau surau.
Pulau Pinang benarkan ibadah korban dengan SOP ketat
Pulau Pinang membenarkan ibadah korban sempena Aidiladha dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan hanya boleh dilakukan di masjid, surau dan di pusat sembelihan.
PSR: Nelayan dakwa pampasan tidak masuk akal dengan projek bertaraf mega
Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang berkata nilai pampasan yang dicadangkan terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan jumlah projek yang ingin dibangunkan.