awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek mega harus dikaji Parlimen dengan bebas - MTEM

Bernama
Bernama
07/06/2019
20:00 MYT
Projek mega harus dikaji Parlimen dengan bebas - MTEM
MTEM turut mengesyor agar kerajaan mengurangkan bilangan pendatang asing tanpa izin di negara ini agar ekonomi Malaysia berubah menjadi ekonomi berasaskan kemahiran tinggi dan bukannya pemburuhan bergaji rendah. - Gambar hiasan
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mencadangkan kerajaan agar melaksanakan beberapa perkara antaranya berkaitan projek mega dan gaji minimum bagi memastikan pendekatan berteraskan Kemakmuran Bersama dapat dijayakan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Yazid Othman dalam satu kenyataan menjelaskan, selain itu semua projek mega harus dikaji oleh Parlimen dengan bebas, merentasi parti politik dan bebas daripada pengaruh eksekutif.
"Pemain industri tempatan dan Bumiputera perlu meraih lebih banyak manfaat daripada projek mega berbanding syarikat-syarikat gergasi dari luar negara dan perlu ada banyak projek mini berimpak tinggi berbanding projek mega yang kecil bilangannya tetapi mempunyai kos yang sangat tinggi," katanya.
Ahmad Yazid berkata, MTEM turut mengesyor agar kerajaan mengurangkan bilangan pendatang asing tanpa izin di negara ini agar ekonomi Malaysia berubah menjadi ekonomi berasaskan kemahiran tinggi dan bukannya pemburuhan bergaji rendah.
"MTEM juga mencadangkan kerajaan agar melaksanakan undang-undang anti-diksriminasi yang ketat dan menyeluruh untuk hapus sebarang bentuk diskriminasi di sektor pekerjaan dan tingkatkan gaji minimum secara berperingkat agar mencapai RM1,500 sebulan sebelum pilihan raya umum yang seterusnya," katanya.
MTEM adalah sebuah 'payung' organisasi yang mewakili lebih 50 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) ekonomi Melayu di peringkat nasional dan 120 NGO di peringkat negeri.
Ia mewakili lebih 500,000 perniagaan Melayu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Yazid Othman
#anti-diksriminasi
#diskriminasi
#ekonomi
#gaji minimum
#kemahiran tinggi
#kerajaan
#MTEM
#Parlimen
#pati
#pemburuhan bergaji rendah
#pengaruh eksekutif
#politik
#projek mega
#projek mini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan