KUALA LUMPUR: IRIS Corporation Berhad yakin mampu menyerahkan projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada Jabatan Imigresen pada 2024 seperti dijadualkan.
Projek NIISe, yang menggantikan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) berusia 20 tahun, akan memodenkan Jabatan Imigresen dengan pelaksanaan aplikasi digital terkini dan termaju dalam usaha menambah baik sistem imigresen serta memperkukuh keselamatan dan sekuriti di sempadan negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IRIS Corporation Berhad Shaiful Zahrin Subhan berkata mereka telah berganding bahu dengan para pegawai Jabatan Imigresen setiap hari bagi memastikan projek itu, yang bermula Mac lepas, berjaya disempurnakan.
"Kami kini terlibat secara mendalam dengan projek itu dan menjalin kerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri (terutama) Jabatan Imigresen dan juga agensi kerajaan berkaitan yang akan turut menggunakan sistem ini sebaik sahaja ia siap.
"Prototaipnya (NIISe) sudah siap dan apa yang perlu kami lakukan (kini) ialah membangunkan perisian sistem ini, jadi kami yakin mampu menyerahkannya menjelang tarikh yang ditetapkan iaitu dalam tempoh dua tahun akan datang (2024)," katanya semasa sidang akhbar selepas majlis penyerahan subkontrak Sistem Pengenalan Biometrik Automatik (ABIS) dan Penyelesaian Kawalan Sempadan (e-Gate) antara IRIS dan NEC Malaysia di sini pada Selasa.
Pengarah Urusan NEC Malaysia Chong Kai Wooi berkata pihaknya akan menyediakan sistem ABIS dan e-Gate yang menampilkan pengesahan biometrik pelbagai mod yang amat tepat serta boleh dipercayai sebagai antara rakan teknologi utama yang diberikan subkontrak bagi projek NIlSe.
"Teknologi biometrik NEC menggunakan cap jari, pengecaman anak mata dan muka bagi mengesahkan identiti pelancong dan rakyat Malaysia di pusat pemeriksaan Imigresen udara, laut dan darat manakala e-Gates pula akan digunakan di semua pusat pemeriksaan imigresen bagi melancarkan perjalanan penumpang," katanya.
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Mohamad Fauzi Md Isa pula berkata majlis hari ini membuktikan bahawa kerjasama teknologi adalah perlu bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan untuk memodenkan Jabatan Imigresen.
"Melalui inisiatif NIISe, kami menyasarkan untuk memperkenal ekosistem digital yang memastikan bahawa kami bekerja dengan data yang tepat serta boleh dipercayai dan menggunakannya untuk membuat keputusan berhubung isu keselamatan serta sekuriti," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan NIISe bakal menyaksikan pengurusan aliran pelancong yang lebih baik dan mengurangkan tempoh menunggu serta tidak hanya menambah baik pengalaman mereka di Malaysia tetapi juga memperkukuh kedudukan negara sebagai destinasi pilihan di rantau ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022
Pelaksanaan NIISe bakal menyaksikan pengurusan aliran pelancong yang lebih baik dan mengurangkan tempoh menunggu. - Facebook/Malaysia Airports
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
145 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah hari ini menahan sejumlah 145 pendatang tanpa izin dalam operasi di Kampung Lutut di sini.
11 warga Korea Selatan ditahan di pusat hiburan tanpa lesen
Premis ini dipercayai menawarkan perkhidmatan pelayan wanita dengan bayaran antara RM300 hingga RM500 untuk tempoh tiga jam.
Imigresen tunggu laporan penuh siasatan EAIC untuk tindakan lanjut
JIM menunggu laporan penuh EAIC berhubung siasatan terhadap tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri daripada DISB.
Counter setting: 47 sindiket tumpas, 25,214 pengembara dikenakan NTL - Saifuddin Nasution
JIM juga memperketatkan pemeriksaan di kaunter pintu masuk ke negara dalam usaha membanteras kegiatan menyeludup warga asing ke Malaysia.
Pemilik restoran nasi kandar warga Bangladesh mengaku beri suapan RM10,000
Tertuduh, Rezaul Shajahan Ali, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan empat lelaki China
Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket pengemis jalanan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penahanan empat warga China menerusi Op Serkap di sini pada Isnin dan semalam.
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.
Imigresen lanjut waktu operasi pejabat pada musim cuti sekolah
Langkah diambil sebagai usaha mengatasi kesesakan pelanggan yang datang memohon atau membaharui pasport sempena musim cuti sekolah.