awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek pembinaan MRT3 hanya akan bermula pada 2027 - CEO MRT

Bernama
Bernama
18/11/2024
13:07 MYT
Projek pembinaan MRT3 hanya akan bermula pada 2027 - CEO MRT
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Mohd Zarif Hashim berkata ketika ini proses berkenaan sedang berjalan dengan pemeriksaan awam akan dilaksanakan hingga 2 Dis ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pembinaan di tapak projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) hanya dijangka bermula pada 2027 iaitu setelah Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menyelesaikan proses pemerolehan tanah.
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Mohd Zarif Hashim berkata ketika ini proses berkenaan sedang berjalan dengan pemeriksaan awam akan dilaksanakan hingga 2 Dis ini.
Beliau berkata selepas daripada itu baru pihaknya boleh memuktamadkan laluan dan memulakan proses pemerolehan tanah yang dijangka mengambil masa 24 bulan iaitu hingga 2026.
"Kami (MRT Corp) berharap menjelang 2027, kerajaan akan mempunyai cukup kapasiti untuk meneruskan projek ini. Itu sasaran peribadi saya tetapi ia bergantung kepada keadaan ekonomi.
"Seperti yang kita tahu ekonomi semakin pulih, jadi beri masa beberapa tahun lagi dan saya rasa ia akan jadi landasan kukuh untuk kita memulakannya," katanya pada sidang media sempena Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia 2024 (MCIEA 2024) di sini hari ini.
MCIEA tahun ini mengiktiraf lima kategori berprestij iaitu Anugerah Tokoh Terkemuka, Anugerah Jurubina Terbaik (Kontraktor G7), Anugerah Pencapaian Antarabangsa, Anugerah Projek Terbaik dan Anugerah Kontraktor Terbaik.
MRT Corp meraih Anugerah Projek Terbaik bagi Infrastruktur (Kategori Utama) untuk projek Transit Aliran Massa Lembah Klang: Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.
MRT3, yang juga dikenali sebagai Laluan Lingkaran akan menjadi komponen terakhir bagi rangkaian MRT Lembah Klang, menghubungkan pelbagai stesen transit aliran massa dan aliran ringan (LRT) dalam kawasan ibu negara bagi membentuk rangkaian yang menyeluruh.
Laluan rel sejauh 51 kilometeri itu mampu menampung 25,000 penumpang sejam bagi setiap arah, dengan perjalanan penuh di MRT3 mengambil masa lebih kurang 73 minit atau di bawah satu jam 15 minit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembinaan MRT3
#Transit Aliran Massa 3
#MRT Corp
#Mohd Zarif Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan