Projek Perolehan TDM: Bekas Panglima Tentera Darat, dua isteri dibawa ke mahkamah

Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia bersama dua isteri tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira pukul 10 pagi ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Seorang bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama dua isterinya tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 10 pagi ini bagi mendapatkan perintah reman berkaitan projek perolehan TDM.
Ringkasan AI
- Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama dua isterinya hadir di Mahkamah Majistret bagi permohonan perintah reman berkaitan projek perolehan TDM. Mereka tiba di mahkamah dengan diiringi pegawai SPRM dan bergari.
- Bekas pegawai TDM dan dua isterinya ditahan selepas memberi keterangan di SPRM semalam. SPRM sebelum ini memaklumkan bahawa pegawai terbabit dikehendaki memberi keterangan sejak 28 Disember lalu.
- SPRM telah menyita enam akaun bank milik pegawai tersebut serta ahli keluarganya bagi membantu siasatan. Menteri Pertahanan telah mengarahkan pegawai terbabit bercuti berkuat kuasa sehingga siasatan selesai.
SPRM sebelum ini memaklumkan bahawa pegawai kanan TDM itu dikehendaki memberi keterangan pada 28 Dis tahun lalu, namun tidak dapat berbuat demikian kerana dimasukkan ke hospital.
SPRM juga telah hadir ke Kementerian Pertahanan pada 23 Dis tahun lalu bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek yang membabitkan TDM sejak 2023.
Pada 29 Dis tahun lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya telah menyita enam akaun bank milik pegawai berkenaan serta ahli keluarganya bagi membantu siasatan.
Dua hari sebelum itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengesahkan bahawa pegawai kanan terbabit diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan terhadap kes yang dilaporkan selesai.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


