awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek RM1.95 juta atasi masalah banjir di Taman Machang Bubok

Bernama
Bernama
02/09/2025
13:45 MYT
Projek RM1.95 juta atasi masalah banjir di Taman Machang Bubok
Zairil berkata sejak 2020 sebanyak RM26.08 juta disalurkan kepada MBSP melalui peruntukan Caruman Saliran Negeri, bagi pelaksanaan pelbagai projek tebatan banjir. - Gambar fail/Bernama
BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Pulau Pinang komited melaksanakan mitigasi banjir secara berterusan khususnya di kawasan Seberang Perai dalam melindungi keselamatan penduduk serta harta benda akibat bencana itu.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata sejak 2020 sebanyak RM26.08 juta disalurkan kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) melalui peruntukan Caruman Saliran Negeri, bagi pelaksanaan pelbagai projek tebatan banjir.
Beliau berkata projek tebatan banjir di Taman Machang Bubok antara yang diberi keutamaan kerana kerap dinaiki air hingga lapan kali setahun separas 300 hingga 450 milimeter, yang menjejaskan hampir 80 rumah khususnya di Lorong 17, 18 dan 19.
"Kerja fizikal bagi projek ini telah dimulakan pada 21 Feb lepas dengan jumlah kos diluluskan sebanyak RM1.95 juta.
"Setakat ini ia telah mencapai kemajuan 10 peratus dan mengambil masa 18 bulan dengan jangkaan siap pada 20 Ogos tahun depan," katanya dalam kenyataan selepas mengadakan tinjauan bagi melihat kemajuan projek berkenaan di sini, hari ini.
Zairil berkata selain MBSP sejumlah peruntukan turut diberikan kepada agensi pelaksana lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang (JPS), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) untuk melaksanakan kerja mitigasi banjir mengikut kawasan seliaan masing-masing.
Mengulas lanjut beliau berkata kerajaan negeri melalui JPS Pulau Pinang juga sedang melaksanakan beberapa projek tebatan banjir di Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) antaranya Projek Tebatan Banjir Sungai Permatang Rawa bernilai RM15.6 juta yang kini telah mencapai 71 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2026.
Apabila siap kelak, beliau berkata projek itu dijangka dapat menyelesaikan masalah banjir di Kampung Permatang Rawa, Kampung Padang Lalang, Kampung Tanah Liat dan Taman Guru sekali gus memberi manfaat serta perlindungan kepada kira-kira 1,000 penduduk di kawasan terlibat.
"Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga telah memohon kepada Kementerian Ekonomi di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), untuk melaksanakan Projek Tebatan Bajir Sungai Kilang Ubi dengan kos RM105 juta.
"Projek ini amat penting kerana kawasan sekitar Sungai Kilang Ubi sering terjejas akibat banjir kilat dan pelaksanaannya dijangka dapat meningkatkan tahap perlindungan banjir serta memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat," katanya.
--BERNAMA
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Jabatan Pengairan dan Saliran
#RMK13
#komuniti setempat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan