awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek skala besar: Felcra bekal 3.6 juta ekor ayam tahun depan

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
09/08/2022
20:13 MYT
Projek skala besar: Felcra bekal 3.6 juta ekor ayam tahun depan
Mahdzir (tengah) diberi penerangan oleh Ahmad Jazlan (dua, kanan) ketika melihat replika tapak Pembangunan Pembinaan Projek Kompleks Ternakan Ayam Pedaging (Sistem Tertutup) Tanjung Seratus di Rompin, 9 Ogos 2022. -- fotoBERNAMA
ROMPIN: Dalam usaha memastikan bekalan dan sekuriti makanan negara terus kekal terjamin, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui Felcra Berhad memperuntukkan RM60 juta bagi melaksanakan projek mega ternakan ayam sistem tertutup.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, projek tersebut dijangka mampu membekalkan sebanyak 600,000 ekor ayam bagi satu pusingan 35 hari atau 3.6 juta ekor pada tahun pertama operasinya.
"Ketika ini, keperluan ayam dalam negara adalah berjumlah 2.09 juta ekor sehari atau 62.9 juta ekor ayam sebulan.
"Ia berbanding pengeluaran semasa ayam sebanyak 1.6 juta ekor sehari iaitu kekurangan kira-kira 409, 000 ekor ayam sehari.
"Ini adalah sebahagian daripada program Felcra dan dijangka selepas ini pihak Felcra akan turut mengadakan kawasan ataupun tapak di negeri lain bagi menambah jumlah bilangan ayam," katanya.
Beliau berkata demikian sempena lawatan kerja ke Tapak Kompleks Ladang Ayam Pedaging Sistem Tertutup Felcra Berhad di Tanjung Seratus, di sini, semalam.
Turut hadir, Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
Mahdzir berkata, pembinaan kompleks ternakan ayam di atas tanah seluas 20 hektar di Tanjung Seratus di sini akan bermula bulan ini dan dijangka siap Januari tahun depan.
"Bagi permulaan projek ini, Felcra menjangkakan dalam tempoh setahun sebanyak enam kali pusingan dapat dilakukan.
"Kita turut melibatkan pihak-pihak yang ada kepakaran dan teknologi selain Felcra juga mempunyai pegawai-pegawai dalam bidang itu (penternakan ayam)," jelasnya.
Beliau berkata, peruntukan projek mega di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) itu dapat membantu menambah bekalan ayam di pasaran dalam negara selain membuka peluang pekerjaan kepada peserta Felcra.
Ujarnya, projek tersebut juga adalah sebahagian daripada Pelan Transformasi Felcra 2.0 untuk mempelbagaikan bidang perniagaan dan tidak hanya bergantung kepada sektor perladangan kelapa sawit semata-mata.
Topic Berkaitan
#ternakan ayam
#Mahdzir Khalid
#bekalan makanan
#sekuriti makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan