PENDANG: Projek Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Ala Sekinchan yang diperkenal oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berupaya menarik minat golongan muda untuk menjadikan bidang pertanian khususnya penanaman padi sebagai sumber pendapatan.
Pengerusi MADA Datuk Dr Ismail Salleh berkata penggunaan teknologi terkini termasuk dron dalam projek itu membantu petani mengusahakan tanaman dengan lebih mudah selain mampu meraih hasil padi yang lebih baik.
"Smart SBB kita ini ada peneraju dengan keluasan kawasan tanaman tertentu, jadi sudah tentu anak-anak muda yang mempunyai pemikiran, kemahiran dan keinginan itu boleh sertai.
"Golongan anak muda boleh menjadikan industri padi sebagai pendapatan, cuba bayangkan kalau dapat hasil tujuh metrik tan per hektar, kalau di kawasan 100 relung (28 hektar), kalau sejumlah itu ia akan dapat menarik anak muda menjadikan penanaman padi sebagai profesion," katanya.
Beliau ditemui pada Program Penuaian Padi Projek SMART SBB Ala Sekinchan MADA yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu di Kampung Gulau di sini baru-baru ini.
Ismail berkata projek Smart SBB adalah sebahagian daripada inisiatif MADA dalam menyokong agenda Gelombang Padi untuk melonjakkan pembangunan industri padi dan beras negara sekali gus meningkatkan nisbah sara diri (SSR) tanaman itu di negara ini.
"Kalau kita banding hasil lima metrik tan per hektar sebelum ini dengan 7.8 metrik tan per hektar berdasarkan sampel ujian tuai atau CCT (Crop Cutting Test) di kawasan Smart SBB, cuba bayangkan kalau seluruh kawasan MADA ini melaksanakan Smart SBB dan menghasilkan 7.8 metrik tan per hektar maka kita boleh capai lebih 80 peratus SSR," katanya.
Projek Smart SBB MADA di Kampung Gulau diusahakan di kawasan seluas hampir 39 hektar membabitkan 10 peserta yang terdiri daripada peladang muda.
Bagi seorang peserta projek itu Mohamad Farid Shafie, 38, penggunaan mesin serta jentera berteknologi tinggi menjadikan proses tanaman padi lebih mudah dan cepat selain membantu sektor berkenaan yang berhadapan situasi kekurangan tenaga buruh.
Dia berkata selain penggunaan teknologi, penyediaan insentif tertentu kepada petani mampu menarik minat golongan muda menyertai sektor penanaman padi sekali gus menjamin kelangsungan tanaman itu pada masa akan datang.
"Saya mengusahakan tanaman padi seluas 40 hektar di mana dalam 20 hektar lebih adalah Projek Smart SBB, sekarang padi yang dalam Smart SBB belum tuai lagi tapi tanaman itu saya tengok ada peningkatan dari segi kualiti pokok, jadi saya harap hasil nanti ada peningkatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
Dr Ismail berkata penggunaan teknologi terkini termasuk dron dalam projek itu membantu petani mengusahakan tanaman dengan lebih mudah. - Foto BERNAMA
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Projek Smart SBB mampu tarik minat golongan muda sertai penanaman padi
Projek Smart SBB Ala Sekinchan yang diperkenal oleh MADA berupaya menarik minat golongan muda untuk menjadikan bidang pertanian khususnya penanaman padi sebagai sumber pendapatan.