Isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan pindaan berhubung dakwaan menerima rasuah RM5 juta daripada Syarikat Jepak Holdings Sdn Bhd, sebagai upah mendapatkan projek sistem solar, tiga tahun lepas.
Rosmah, 68, yang memakai jubah dan selendang sedondon berwarna putih membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pindaan berkenaan dibacakan semula ke atasnya di hadapan Hakim Azura Alwi.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan ingin mengemukakan pertuduhan pindaan hari ini.
“Pertuduhan pindaan ini dibuat untuk meminda alamat tempat kesalahan (dalam pertuduhan terdahulu),” katanya semasa sebutan semula kes itu, hari ini.
Bagi pertuduhan pindaan, Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya pada 20 Disember 2016.
Manakala bagi pertuduhan yang dibacakan terhadap Rosmah pada 10 April lepas, menyatakan kesalahan itu didakwa dilakukan di No 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini pada 20 Disember 2016.
Mengikut pertuduhan, Rosmah didakwa menerima suapan RM5 juta daripada Saidi Abang Samsudin, 60, melalui Rizal Mansor, 45, sebagai upah kerana telah membantu Jepak Holdings Sdn Bhd mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama dan jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Dalam prosiding itu juga, Mohd Dusuki memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan juga telah mengemukakan permohonan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
“Pada 28 Mei ini ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi dan pada tarikh sama, mahkamah akan menetapkan tarikh untuk mendengar permohonan bagi memindahkan kes berkenaan,” katanya.
Hakim Azura kemudiannya menetapkan 25 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi mengetahui maklumat terkini berhubung kes terbabit.
Dalam prosiding itu, Rosmah diwakili Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mengetuai pasukan pembelaan.- Bernama
Bernama
Fri May 10 2019
Hakim Azura kemudiannya menetapkan 25 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi mengetahui maklumat terkini berhubung kes terbabit.- Gambar fail/Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Cuaca panas: KPM nasihat murid, pelajar sekolah minum air secukupnya
Kementerian Pendidikan menasihatkan semua murid dan pelajar sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar supaya minum air secukupnya serta memakai pakaian seragam sekolah yang bersesuai susulan kead
3,038 sekolah kurang murid tahun ini, tiada yang ditutup - Wong
Sebanyak 3,038 sekolah di seluruh negara diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid iaitu kurang daripada 150 pelajar pada tahun ini.
Jabatan Pendidikan Terengganu ingatkan sekolah patuhi arahan KPM
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu mengingatkan semua sekolah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti luar bilik darjah pada musim panas.
Aspek keselamatan, kesalinghubungan internet intipati perbincangan dua kementerian - Fadhlina
Aspek keselamatan kanak-kanak dalam talian antara dibangkitkan pada perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pendidikan, semalam.
Tiada keperluan beri pihak swasta kendali program Sijil Vokasional Malaysia - KPM
Tiada keperluan untuk pihak swasta mengendalikan program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi menampung keperluan buat masa ini.
Sistem PADU penting untuk bantu kerajaaan rangka program manfaatkan rakyat - Mohd Uzir
Keperluan untuk mendaftar dengan sistem PADU penting supaya kerajaan dapat merangka program yang boleh dilaksanakan dengan berkesan bagi memberi manfaat kepada rakyat.
Lebih 20,000 guru baharu dilantik tahun lepas - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah melantik 20,171 guru baharu secara lantikan tetap dan kontrak bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah pada tahun lepas.
Kadar keciciran murid catat trend penurunan - KPM
KPM turut menjalankan program 'outreach' murid cicir di semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama komuniti setempat.
Guru wanita berdepan hukuman jika dakwaan cabul murid benar - Fadhlina
Beliau berkata buat masa ini guru berkenaan tidak dibenarkan berurusan dengan mana-mana murid sehingga siasatan selesai.
Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual - KPM
KPM memandang serius kes salah laku seksual yang melibatkan guru dan murid seperti yang dilaporkan oleh media.