awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek tebatan banjir LLM ditangguhkan seketika - MB

Sinar Harian
Sinar Harian
05/06/2023
03:30 MYT
Projek tebatan banjir LLM ditangguhkan seketika - MB
Amirudin (enam dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah di pentas utama Stadium Shah Alam di Seksyen 13 malam Ahad. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Insiden banjir kilat melanda dua lebuh raya di negeri ini didapati turut berpunca daripada urusan pelaksanaan projek tebatan banjir yang masih belum selesai.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, urusan perlaksanaan itu membabitkan pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan kerajaan negeri Selangor.
Menurutnya, kerajaan negeri masih mengenal pasti lokasi kolam takungan bagi menampung limpahan air apabila berlaku hujan lebat terutama di Bukit Raja.
“Projek tebatan banjir terpaksa ditangguhkan sementara akibat daripada urusan dengan pihak LLM.
"Saya sesegera mungkin akan mendapatkan (maklum balas) daripada LLM berkenaan dengan (pelan) saliran tebatan banjir untuk kolam takungan dekat kawasan Bukit Raja,” katanya ditemui pemberita di Tapak Karnival, Stadium Shah Alam di Seksyen 13 di sini, malam Ahad.
Terdahulu, kawasan di sekitar bandar raya ini dan Klang seperti di Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Setia Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam dan Meru dilaporkan dinaiki air berikutan hujan lebat selama lebih tiga jam.
Dalam pada itu, Amirudin menambah, kawasan di sekitar Klang dikenal pasti sebagai kawasan yang teruk terjejas akibat hujan lebat selama lebih 3 jam.
“Kita juga sudah minta dengan segera pam-pam digerakkan (kawasan dinaiki air) sebab itu menjelang tengah hari petang tadi air banjir sudah surut dan saya rasa sudah terkawal.
“Saya akan mendapat laporan lanjut malam ini dan difahamkan sebilangan keluarga masih tinggal di pusat perlindungan sementara,” ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#banjir kilat
#projek tebatan banjir
#LLM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan