awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek Waterfront Labuan bernilai RM38 juta bakal lonjakkan ekonomi, pelancongan

Bernama
Bernama
15/03/2025
06:15 MYT
Projek Waterfront Labuan bernilai RM38 juta bakal lonjakkan ekonomi, pelancongan
Dr Zaliha (kiri) ketika melawat Tapak Cadangan Waterfront Labuan di kawasan Jeti Pasar Lama, Pusat Bandar Labuan hari ini. -Bernama
LABUAN: Labuan, hab perniagaan dan kewangan antarabangsa Malaysia bakal melalui transformasi penting dengan cadangan Projek Pembangunan Waterfront (Fasa 1) bernilai RM38 juta untuk menjana manfaat ekonomi dan meningkatkan daya tarikan pelancong.

Ringkasan AI
  • Projek Pembangunan Waterfront (Fasa 1) bernilai RM38 juta di Labuan dijangka merangsang pelaburan dan meningkatkan daya tarikan pelancong.
  • Pembangunan ini termasuk ruang rekreasi, pengalaman gastronomi, bazar makanan, aktiviti sukan laut, dan perkhidmatan teksi air.
  • Projek ini bertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan meningkatkan tarikan hiburan malam di kawasan tersebut.

Projek itu akan dibangunkan di Victoria Harbour Beach, tapak pasar basah lama di pusat bandar Labuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa melawat tapak projek tersebut hari ini dan diberi taklimat mengenai rancangan pembangunannya oleh pemangku pengarah Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan Labuan Ag Aizal Ag Anak.
Dr Zaliha berkata projek itu dijangka merangsang pelaburan, merancakkan aktiviti ekonomi dan mewujudkan kluster ekonomi yang seterusnya dapat memperkukuh sektor pelancongan.
Menurut taklimat itu, cadangan pembangunan tersebut termasuk ruang rekreasi, pengalaman gastronomi (makanan, budaya dan tradisi), tempat untuk perhimpunan sosial dan acara awam, bazar makanan, aktiviti sukan laut, persiaran, penambahbaikan pencahayaan estetik, perkhidmatan teksi air dan kemudahan tempat letak kereta.
Projek itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk merealisasikan visi Chase City di bawah Rancangan Tempatan Labuan 2040 yang sejajar dengan Pelan Tindakan Pembangunan Labuan 2030 dan inisiatif menumpukan kepada pelancongan pintar, konsep bandar hijau dan selamat, rekreasi awam, dan kemampanan sosio-ekonomi.
Inisiatif itu yang dibiayai di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) melibatkan pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Perbadanan Labuan (LC), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama-sama persatuan berkaitan pelancongan dan firma swasta.
Aspek utama projek itu adalah untuk meningkat tarikan hiburan malam di kawasan tersebut termasuk pasar lambak Labuan/Pasar uptown, denai malam, denai melihat bintang, restoran malam tepi laut dan bistro.
Dr Zaliha berkata pembangunan itu akan menjana manfaat ekonomi jangka panjang kepada masyarakat setempat dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan untuk pulau itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zaliha Mustafa
#Projek Pembangunan Waterfront
#Labuan
#Victoria Harbour Beach
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan