awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
Korea Selatan dilanda gelombang sejuk melampau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proklamasi Darurat mampu pulih ekonomi adalah kenyataan bercanggah, mengelirukan - Anwar

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
20/01/2021
09:51 MYT
Proklamasi Darurat mampu pulih ekonomi adalah kenyataan bercanggah, mengelirukan - Anwar
Anwar berkata, tindakan itu bukan sahaja bercanggah, bahkan turut mengelirukan rakyat. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kenyataan menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan sahaja mengelirukan, malah bertentangan dengan realiti serta hakikat sebenar kedudukan ekonomi negara.
Anwar berkata, banyak keputusan yang dibuat kerajaan jelas tidak terencana dengan baik dan hanya menumpukan kuasa semata-mata.
"Lebih banyak (keputusan dibuat) hanya menumpukan kuasa dan tidak memberi ruang (untuk) perbincangan terbuka.
"Kenyataan-kenyataan menteri juga bercanggah dengan realiti (sebenar), umpamanya ekonomi bertambah baik, pelaburan masih bertambah.
"(Sedangkan) semua tahu kilang-kilang ditutup sementara, peniaga tertekan, tetapi lebih berat bukan sahaja tidak ada pelaburan baharu, malah industri yang sedia ada berpindah ke luar negara termasuk ke Indonesia dan Vietnam.
"Ternyata, (ini) kerana keyakinan kepada sistem politik dan kerajaan ini kian merosot," katanya dalam sidang media menerusi Facebook Live di sini, pada Rabu.
Beliau dipercayai mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 19 Januari lalu yang menyifatkan dakwaan mengatakan Proklamasi Darurat menakutkan golongan pelabur adalah tidak tepat, sebaliknya mampu membantu pemulihan ekonomi negara.
Dalam pada itu, Anwar turut mempersoalkan tindakan Pejabat Perdana Menteri (PMO) membina dewan di Parlimen Pagoh yang menelan belanja sebanyak RM35 juta.
"Dulu kita sebut soal dasar, kelemahan moratorium dan Kumpuan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sekarang berbangkit soal dewan di Pagoh menunjukkan tidak ada satu kesedaran (untuk) beri tumpuan apa keutamaan (semasa).
"Tidak bolehkah kita ketepikan semua kepentingan kontrak, perundingan tander dan kepentingan peribadi, sebaliknya menumpukan hal untuk menyelesaikan masalah keselamatan dan kesihatan rakyat," katanya.
Beliau juga meminta agar kerajaan untuk tidak menggunakan kuasa dengan mengugut serta memberi amaran kepada pihak tertentu.
"Adalah perlu (kerajaan) menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitan dengan cara tenang dan rasional," ujarnya.
BACA: Darurat: Malaysia sahaja yang gantung Parlimen kerana COVID-19 - Najib Tun Razak
BACA: Proklamasi Darurat bantu pemulihan ekonomi - Tengku Zafrul
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#KWSP
#EPF
#pelaburan
#keselamatan
#ekonomi
#pembangkang
#kesihatan
#peniaga
#Proklamasi Darurat
#bercanggah
#mengelirukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan