KUALA LUMPUR:BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencabar Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menamakan satu negara yang menggantung Parlimen atas alasan COVID-19.
Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, Ahli Parlimen Pekan itu berkata jika benar penggantungan Parlimen dapat mengukuhkan ekonomi, seperti didakwa Tengku Zafrul, amat rugi jika negara lain tidak mengikuti langkah Malaysia.
Beliau berkata hujah Menteri Kewangan yang menyamakan langkah Malaysia dengan 80 negara lain tidak tepat.
“Darurat bagi negara-negara lain bermaksud kuasa diberi kepada kerajaan untuk lakukan lockdown sebab mereka tidak ada akta-akta seperti kita yang boleh lockdown tanpa darurat.
"Parlimen mereka tak pernah gantung. Hanya Malaysia satu-satunya negara dalam dunia gunakan alasan COVID untuk gantung Parlimen.
"Senang sahaja, Tengku Zafrul. Namakan satu negara lain dalam dunia yang gantung Parlimen (bukan tunda sesi Parlimen) selama tujuh bulan,” cabar bekas Presiden UMNO itu lagi.
Tengku Zafrul pada 19 Januari mendakwa Malaysia merupakan antara 80 negara di dunia, atau hampir setengah daripada seluruh dunia, yang mengisytiharkan darurat bagi menangani pandemik COVID-19.
Namun, Tengku Zafrul juga menyatakan bahawa definisi darurat tentunya berbeza berdasarkan ciri-ciri tersendiri setiap negara.
“Seperti yang saya katakan, kesihatan awam adalah kunci untuk pemulihan ekonomi. Saya ingin jelaskan apa-apa keputusan dalam tempoh ini perlu mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong atau orang yang dilantik Seri Paduka Baginda," katanya lagi.
Tengku Mohd Zafrul berkata demikian dalam satu taklimat khas mengenai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bernilai RM15 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.
Sementara itu, tinjauan maya Astro AWANI di ruangan komen hantaran Najib mendapati, rata-rata natizen menempelak tindakan pemimpin yang tanpa henti mahu bermain politik ketika negara berada pada tahap genting.
Seorang pengguna akaun Facebook, Dila Fadzrey berkata, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang menggantung Parlimen disebabkan oleh Menteri dan Ahli Parlimen yang kemaruk serta gila kuasa dengan mendesak Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU-15) diadakan ketika kes COVID-19 menunjukan peningkatan mendadak.
"Orang tengah susah, frontliners rebah, tapi ada ahli politik sibuk 24 jam asyik bercakap pasal kuasa, kerusi dan meja. Biarlah satu dunia kenal perangai ahli politik Malaysia," katanya.
Turut meluahkan rasa kecewa, pengguna akaun media sosial itu, Shaidan Sirazi berkata, adalah lebih baik menggantung Parlimen bagi memberi laluan kepada Menteri untuk melakukan kerja tertentu.
"Baik gantung Parlimen, bagi Menteri buat kerja, ini tidak, asyik berebut jawatan dan gesa mahu PRU-15, Kami bosan," katanya.
Bagi pengguna akaun Facebook, Nasir Wahid pula menzahirkan rasa kesal dengan tindakan Najib yang lebih terarah kepada putar belit dan bukannya fakta yang bertepatan.
"Dulu saya sokong Najib tetapi, lama-kelamaan, saya tangok beliau lebih banyak 'spin' membuatkan saya jadi menyampah.
"Kalau tidak mahu hilang pengundi, baik bagi cadangan yang dapat kurangkan kes COVID-19. Kenyataan beliau sekarang umpama mengajak rakyat benci (kepada) kerajaan," ujarnya.
BACA: Proklamasi Darurat bantu pemulihan ekonomi - Tengku Zafrul
Firdaus Azil
Wed Jan 20 2021
Najib berkata, dakwaan Menteri Kewangan yang menyamakan langkah Darurat Malaysia dengan 80 negara lain tidak tepat. (Gambar Fail)
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan beliau.
Titah Adendum: Peguam Negara bawa perkara dibangkitkan Tengku Zafrul ke mahkamah
Jabatan Peguam Negara akan membawa perkara berhubung kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada perhatian pihak Mahkamah.