awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses baik pulih infrastruktur akibat bencana di Sabah perlu disegerakan - PM Anwar

Khalis Khadir
Khalis Khadir
19/09/2025
09:55 MYT
Proses baik pulih infrastruktur akibat bencana di Sabah perlu disegerakan - PM Anwar
Perdana Menteri sewaktu meninjau kawasan terjejas di sekitar Penampang dan Kota Kinabalu, pada Jumaat. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Proses baik pulih infrastruktur akibat banjir dan tanah runtuh di Sabah perlu disegerakan tanpa mengikut prosedur biasa yang lazimnya mengambil masa panjang.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim arahkan kerja baik pulih infrastruktur akibat banjir dan tanah runtuh di Sabah disegerakan, tanpa melalui prosedur biasa yang memakan masa panjang.
  • Beliau menekankan keperluan tindakan pantas kerana bencana telah menjejaskan kehidupan ribuan mangsa, dan menghargai usaha semua agensi yang membantu di lapangan.
  • Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 2,467 orang, namun bencana sejak minggu lalu telah meragut 14 nyawa termasuk seorang korban banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, situasi bencana kali ini memerlukan tindakan pantas kerana ia menjejaskan kehidupan harian ribuan mangsa.
“Saya minta semuanya segera, kita tidak mahu ikut proses biasa kerana banjir dan kerosakan ini bukan proses sedemikian.
“Kalau kita buat proses biasa, terlalu lama untuk siapkan jalan dan kemudahan. Jadi saya minta supaya dipercepatkan,” katanya selepas meninjau kawasan terjejas di sekitar Penampang dan Kota Kinabalu, pada Jumaat.
Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir bagi memastikan segala proses pemulihan dapat dilakukan dengan segera.
“Rakyat sendiri nampak pengorbanan jentera di lapangan. Saya mahu usaha ini terus diselaraskan dengan baik antara negeri dan Persekutuan,” ujarnya.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, jumlah mangsa banjir setakat 12 tengah hari ini menurun kepada 2,467 orang membabitkan 766 keluarga berbanding 2,602 orang membabitkan 806 keluarga pada pagi Jumaat.
Hujan berterusan sejak minggu lalu menyebabkan banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan di Sabah sehingga meragut 14 nyawa termasuk seorang yang terkorban akibat banjir.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#bencana Sabah
#baik pulih infrastruktur
#tanah runtuh
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan