awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prosiding Jong Nam: Perbicaraan hari kesembilan di KLIA2

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
24/10/2017
01:55 MYT
Prosiding Jong Nam: Perbicaraan hari kesembilan di KLIA2
Kelihatan dua tertuduh Doan dan Siti Aisyah dikawal ketat oleh pasukan STAFOC ketika dibawa ke lokasi-lokasi tersebut. - Foto Astro AWANI/Harits Asyraf Hasnan.
Perbicaraan hari kesembilan kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong Nam bermula pukul 9.20 pagi tadi di Balai Polis, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).
Hakim Datuk Azmi Ariffin tiba di KLIA2 pukul 9.10 pagi selepas kedua-dua tertuduh, warga Indonesia, Siti Aisyah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong serta pasukan peguam bela tiba 20 minit sebelum itu.
Sebelum prosiding, Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) meninjau empat lokasi di mana prosiding akan berlangsung.Pasukan STAFOC menjalankan kawalan ketat di KLIA2.
Pasukan STAFOC menjalankan kawalan ketat di KLIA2 pada Selasa.
Lokasi menjadi fokus prosiding hari ini adalah kaunter daftar masuk di mana pembunuhan tersebut dikatakan berlaku, tandas di mana kedua-dia tertuduh mencuci tangan mereka selepas menyapu cecair dipercayai Agen Saraf VX di muka Jong Nam, klinik di mana Jong Nam mendapatkan rawatan awal serta hentian teksi yang dipercayai lokasi akhir kedua-dua tertuduh sebelum meninggalkan KLIA2.
Klinik yang dipercayai Jong Nam mendapatkan rawatan.
Salah satu lokasi yang dilawati pada prosiding kesembilan iaitu klinik yang mana Jong Nam mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, wakil media tidak dibenarkan untuk membuat liputan prosiding yang berlangsung di Balai Polis KLIA2 sebaliknya dibenarkan berada di empat lokasi awam tersebut.
Polis turut meningkatkan kawalan keselamatan di seluruh KLIA2 lantaran kedua-dua tertuduh akan dibawa ke lokasi-lokasi tersebut.
Pasukan STAFOC PDRM melakukan kawalan ketat di semua lokasi di KLIA2.
Pasukan STAFOC PDRM melakukan kawalan ketat di semua lokasi di KLIA2.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#Agen Saraf VX
#Hakim Datuk Azmi Ariffin
#jenayah
#keselamatan
#kim jong nam
#KLIA2
#Korea Utara
#Kuala Lumpur
#PDRM
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#Sepang
#STAFOC
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan