awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prosiding Jong Nam: Polis serah pasport bawah nama 'Kim Chol' kepada kedutaan

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
25/10/2017
06:12 MYT
Prosiding Jong Nam: Polis serah pasport bawah nama 'Kim Chol' kepada kedutaan
Hakim memutuskan hari ini, memandangkan salinan pasport dibuat daripada dokumen yang sah, ia boleh diterima mahkamah untuk ditanda sebagai bahan bukti.
Empat keping pasport di bawah nama 'Kim Chol' telah diserahkan kepada Kedutaan Korea Utara oleh pihak polis.
Perkara ini dimaklumkan saksi kesembilan ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz, pada hari ke-10 perbicaraan kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong Nam, hari ini.
"Setelah membuat penyerahan tersebut, saya telah menerima dokumen pengesahan daripada pihak Kedutaan Korea Utara," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Ketika proses menandakan salinan pasport sebagai bahan bukti di dalam mahkamah, pihak peguambela mengemukakan bantahan.
Menurut peguambela warga Indonesia Siti Aisyah, Gooi Soon Seng, bantahan dibuat kerana salinan pasport yang diberi kepada mahkamah tidak diperakukan sah.
Namun, Hakim Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan bahawa, memandangkan salinan tersebut dibuat daripada dokumen yang sah, ia boleh diterima mahkamah untuk ditanda sebagai bahan bukti.
Selain itu, Wan Azirul turut memaklumkan bahawa polis gagal mengesan empat suspek yang tidak dapat dikenalpasti identiti mereka memandangkan pihaknya tidak mempunyai maklumat yang cukup.
"Tanpa maklumat penting seperti nombor pasport dan nombor telefon, proses mengenalpasti suspek tidak dapat dibuat," terangnya.
Empat suspek tersebut adalah Mr. Chang, James, Mr. Y dan Hanamori yang juga dikenali dengan panggilan 'Grandpa' atau 'Uncle'.
Topic Berkaitan
#bahan bukti
#kim jong nam
#Korea Utara
#mahkamah
#pasport
#salinan
#Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan