awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ProtectHealth sasar tingkat penglibatan pengamal perubatan swasta, NGO

Astro Awani
Astro Awani
09/09/2021
05:55 MYT
ProtectHealth sasar tingkat penglibatan pengamal perubatan swasta, NGO
Menurut Dr Anas, PPS dan NGO telah berjaya mengurangkan beban negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pemberian vaksin. - Foto fail
KUALA LUMPUR: ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. mensasarkan untuk meningkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta dan NGO Kesihatan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) walaupun jumlah populasi dewasa di Malaysia yang lengkap divaksin sudah mencecah 70.5 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata pihaknya masih mengalu-alukan PPS dan NGO yang berminat menyertai PICK untuk melaksanakan program jangkauan bagi meluaskan capaian pemberian vaksin ke seluruh negara dengan berdaftar di laman web ProtectHealth.
"PPS dan NGO telah berjaya mengurangkan beban negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pemberian vaksin.
"Dengan penglibatan ini, sehingga 8 September 2021, ProtectHealth berjaya menyumbang di Selangor dan Kuala Lumpur termasuk menjayakan Operasi Lonjakan Kapasiti dengan pemberian 10,125,055 dos ataupun 79 peratus daripada jumlah pemberian vaksin di Selangor dan Kuala Lumpur.
"ProtectHealth juga menyumbang 2,256,963 dos vaksin di Johor (58 peratus) dan 1,199,698 (57 peratus) dos vaksin di Pulau Pinang.
"Di peringkat nasional pula, ProtectHealth menyumbang 17,552,423 dos vaksin iaitu 47 peratus daripada jumlah pemberian vaksin di bawah PICK seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehingga hari ini, lebih 2,000 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang melibatkan PPS dan NGO yang diselia di bawah ProtectHealth telah dan sedang beroperasi di seluruh negara seperti berikut:-
  • 1,635 PPVGP (pengamal perubatan am swasta)
  • 31 PPVKP (klinik pakar)
  • 122 PPVHS (hospital swasta)
  • 25 PPVACC (pusat jagaan ambulatori)
  • 105 PPV Integrasi/Mega
  • 177 PPVIN (sektor ekonomi kritikal)
Topic Berkaitan
#Pusat Pemberian Vaksin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#ProtectHealth
#vaksin COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan