awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ProtectHealth sasar tingkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta, NGO dalam PICK

Bernama
Bernama
09/09/2021
20:45 MYT
ProtectHealth sasar tingkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta, NGO dalam PICK
ProtectHealth menyasar untuk meningkatkan penglibatan PPS dan NGO dalam PICK meskipun jumlah populasi dewasa yang telah lengkap divaksin sudah mencapai 70.5 peratus. - Foto Twitter/@aafaizli
KUALA LUMPUR: ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) menyasar untuk meningkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta (PPS) dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meskipun jumlah populasi dewasa yang telah lengkap divaksin sudah mencapai 70.5 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Datuk Dr Anas Alam Faizli dalam kenyataan berkata pihaknya mengalu-alukan PPS dan NGO yang berminat menyertai PICK untuk melaksanakan program jangkauan bagi meluaskan capaian pemberian vaksin di seluruh negara dengan berdaftar di laman web ProtectHealth, www.protecthealth.com.my.
Beliau berkata sebagai contoh, NGO yang berdaftar di bawah ProtectHealth seperti MERCY Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan National Cancer Society Malaysia (NCSM) telah melaksanakan program vaksinasi kepada golongan pesakit yang terlantar dan tidak dapat hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV).
Dalam pada itu, beliau berkata syarikat berkenaan dengan penglibatan PPS dan NGO berjaya menyumbang kepada Operasi Lonjakan Kapasiti di Selangor dan Kuala Lumpur dengan pemberian 10,125,055 dos vaksin atau 79 peratus daripada jumlah pemberian vaksin di kedua-dua negeri itu sehingga Rabu.
"ProtectHealth juga menyumbang 2,256,963 dos vaksin di Johor (58 peratus) dan 1,199,698 (57 peratus) dos vaksin di Pulau Pinang. Di peringkat nasional pula, ProtectHealth menyumbang 17,522,423 dos vaksin iaitu 47 peratus daripada jumlah pemberian vaksin di bawah PICK seluruh negara," katanya.
Sehingga Khamis, lebih 2,000 PPV yang melibatkan PPS dan NGO diselia di bawah ProtectHealth telah dan sedang beroperasi di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ProtectHealth
#PICK
#NGO
#pengamal perubatan swasta
#Anas Alam Faizli
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan