MALAYSIA
Protes Kampung Sungai Baru: Tiada kompromi perbuatan ganas dalam perhimpunan - Saifuddin
Saifuddin Nasution berkata kebebasan berhimpun secara aman adalah hak dijamin Perlembagaan Persekutuan, namun ia tidak boleh disalah guna. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap penyalahgunaan hak berhimpun untuk tujuan politik sempit, sehingga mencetuskan suasana tidak tenteram serta menghasut kebencian melalui maklumat palsu.
Ringkasan AI
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kebebasan berhimpun secara aman adalah hak dijamin Perlembagaan Persekutuan, namun ia tidak boleh disalah guna dan mesti dilaksanakan dalam kerangka undang-undang serta norma masyarakat.
“Tindakan menyerang penjawat awam adalah satu perbuatan keji, tidak bertamadun dan tidak boleh diterima sama sekali.
"Saya sudah mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan rapi bagi mengenal pasti dalang serta pelaku yang terlibat supaya segera dibawa ke muka pengadilan.
"Keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta integriti pasukan keselamatan negara adalah keutamaan yang tidak boleh dikompromi,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera selepas dibaling objek ketika operasi pengosongan rumah di Kampung Sungai Baru, di sini pada Khamis.
Beliau turut menegaskan kerajaan menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan pandangan, selagi ia mematuhi undang-undang.
Sementara itu dalam perkembangan sama, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata walaupun terdapat bantahan daripada sebahagian penduduk, polis akan tetap meneruskan operasi sehingga semua unit yang disenaraikan perintah mahkamah dikosongkan sepenuhnya.
Ringkasan AI
- Kerajaan tidak kompromi penyalahgunaan hak berhimpun, terutama jika mencetuskan kekacauan atau menyebar kebencian melalui maklumat palsu, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution.
- Insiden baling objek hingga cederakan Ketua Polis Dang Wangi dikecam sebagai perbuatan keji; siasatan rapi sedang dijalankan untuk kenal pasti dalang dan pelaku.
- Polis akan teruskan operasi pengosongan di Kampung Sungai Baru mengikut perintah mahkamah walaupun ada bantahan, dengan jaminan keselamatan dan pematuhan undang-undang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kebebasan berhimpun secara aman adalah hak dijamin Perlembagaan Persekutuan, namun ia tidak boleh disalah guna dan mesti dilaksanakan dalam kerangka undang-undang serta norma masyarakat.
“Tindakan menyerang penjawat awam adalah satu perbuatan keji, tidak bertamadun dan tidak boleh diterima sama sekali.
"Saya sudah mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan rapi bagi mengenal pasti dalang serta pelaku yang terlibat supaya segera dibawa ke muka pengadilan.
"Keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta integriti pasukan keselamatan negara adalah keutamaan yang tidak boleh dikompromi,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera selepas dibaling objek ketika operasi pengosongan rumah di Kampung Sungai Baru, di sini pada Khamis.
Beliau turut menegaskan kerajaan menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan pandangan, selagi ia mematuhi undang-undang.
Sementara itu dalam perkembangan sama, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata walaupun terdapat bantahan daripada sebahagian penduduk, polis akan tetap meneruskan operasi sehingga semua unit yang disenaraikan perintah mahkamah dikosongkan sepenuhnya.

#Protes Kampung Sungai Baru
#Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera
#Saifuddin Nasution
#perbuatan ganas
#hak berhimpun
#terkini