awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki OKU cedera dalam kebakaran babitkan tujuh rumah di Jinjang
APMM Pulau Pinang tahan dua kapal tangki cuba pindah minyak mentah bernilai RM512 juta
KPT semak akta ambil alih tingkatan enam, matrikulasi - Zambry
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Protes Kampung Sungai Baru: Suasana tegang, OCPD cedera pada kepala

Faida Rahim
Faida Rahim
11/09/2025
04:42 MYT
Protes Kampung Sungai Baru: Suasana tegang, OCPD cedera pada kepala
Sulizmie Affendy mengalami kecederaan di bahagian muka sebelum diberi rawatan oleh pasukan paramedik. - Gambar/ Sinar Harian/ Media sosial
KUALA LUMPUR: Suasana tegang tercetus di kawasan Kampung Sungai Baru, Kampung Baru di sini, hari ini, selepas beberapa penduduk yang berdepan tindakan pengusiran enggan berpindah dari kediaman masing-masing.
Malah, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman turut cedera ketika cuba menyuraikan orang ramai yang cuba masuk ke kawasan itu untuk melakukan protes membantah pemotongan bekalan elektrik.
Beliau mengalami kecederaan di bahagian kepala, dipercayai akibat terkena batu dibaling individu tidak dikenali.
Beliau kemudian diberi rawatan oleh pasukan paramedik.
Terdahulu, sejak jam 9 pagi, polis telah memasang khemah kawalan dan mengetatkan sekatan di laluan masuk.
Tinjauan Astro AWANI mendapati, beberapa penduduk enggan berganjak malah ada yang cuba melakukan provokasi namun berjaya dikawal.
Situasi di lokasi ketika ini semakin tegang apabila polis dibantu Pasukan Simpanan Pusat (FRU) mengarahkan semua penduduk bersurai.
Pada masa sama, media juga tidak dibenarkan mendekati kawasan operasi atas faktor keselamatan.
Orang ramai termasuk aktivis, Rafidah Ibrahim turut kelihatan membuat siaran langsung media sosial dari lokasi berkenaan.
Topic Berkaitan
#isu kampung sungai baru
#OCPD Dang Wangi
#OCPD cedera
#protes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan