awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU tidak semestinya ketika cuti sekolah - Tengku Adnan

Bernama
Bernama
16/02/2013
10:01 MYT
PRU tidak semestinya ketika cuti sekolah - Tengku Adnan
Pilihan raya umum ke-13 tidak semestinya diadakan ketika musim cuti persekolahan penggal pertama akhir bulan depan, walaupun banyak pihak yang membuat spekulasi sedemikian.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata walaupun mengadakan pilihan raya pada musim cuti persekolahan merupakan kebiasaan, namun faktor lain akan turut diambil kira.
"Ia bukanlah kemestian kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat perhitungan tertentu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga kawasan Parlimen Putrajaya di sini hari ini.
Tengku Adnan berkata saringan terakhir calon BN hampir siap sepenuhnya, termasuk semakan calon dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pihak polis dan Jabatan Insolvensi.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Putrajaya yakin pengundi di Putrajaya menghargai apa yang dilakukan kerajaan dan akan memberi sokongan kepada BN.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#Tengku Adnan Tengku Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan