awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU14: Cuti anggota, pegawai bomba dibekukan mulai Sabtu ini

Bernama
Bernama
19/04/2018
04:39 MYT
PRU14: Cuti anggota, pegawai bomba dibekukan mulai Sabtu ini
Pada pilihan raya ini, kira-kira 12,000 anggota dan pegawai bomba yang bertugas di luar dari tempat mengundi akan mengundi secara pos.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Soiman Jahid berkata cuti semua pegawai dan anggota bomba di seluruh negara dibekukan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Beliau berkata arahan itu bermula pada Sabtu ini (21 April) sehingga 17 Mei dan kesemua anggota dan pegawai berkenaan dikehendaki bertugas di kawasan masing-masing.
"Selain dibekukan cuti, semua anggota dan pegawai juga tidak dibenarkan ke luar negara kecuali keadaan kritikal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar keselamatan kepada agensi yang berkaitan dengan keselamatan dan kebombaan di sini, hari ini.
Soiman berkata pada pilihan raya ini, kira-kira 12,000 anggota dan pegawai bomba yang bertugas di luar dari tempat mengundi akan mengundi secara pos.
Pada masa sama, beliau berkata untuk memastikan kelancaran proses PRU14, pihaknya telah membuat pemeriksaan keselamatan di semua premis yang akan digunakan semasa pilihan raya nanti.
Sementara itu, mengulas mengenai seminar itu, beliau berkata ia bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pihak industri yang berkait rapat dengan kebombaan, khususnya berkaitan dengan pengurusan bencana.
"Dalam seminar ini kita juga menerangkan mengenai bentuk kerjasama yang perlu dilaksanakan oleh pihak industri berkenaan dengan bomba. Sebanyak lima kertas kerja akan dibentangkan sepanjang seminar ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#cuti
#cuti dibeku
#keselamatan
#Kota Kinabalu
#Malaysia
#Malaysia Memilih
#operasi
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PRU14
#Soiman Jahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan