Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan menjadi medan menguji keupayaan Barisan Nasional (BN) dalam membariskan lebih ramai calon orang muda untuk menjadi wakil rakyat.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata, umum turut mengetahui demografi turut membuktikan orang muda muda dan pertama kali mengundi mencatat angka tertinggi dalam daftar pemilih kali ini.
"Dalam banyak bengkel, BN telah pun mengambil kira faktor ini. Pemuda dan Puteri UMNO sendiri sudah mempertingkatkan kerja dan usaha sebagai respons kepada kedudukan pengundi ini.
"Sudah tentu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah mengambil kira perkara ini dan tidak mahu mengambil risiko ditolak orang muda sekiranya mereka tidak dilihat diwakili dengan ratio yang tepat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
BACA: BN Johor lancar manifesto 'mengejar' Singapura
BACA: Lim Kit Siang kekal atau tinggalkan Johor?
Di Johor, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri itu merekodkan kira-kira 40 peratus daripada 1,820,617 daftar pemilih di negeri itu sehingga suku tahun keempat 2017 merupakan golongan muda berusia 40 tahun ke bawah.
Menurut SPR, sehingga 30 Jun 2017, terdapat 14,622,640 pengundi berdaftar di negara ini.
Daripada jumlah itu, 7,883,017 adalah pengundi Melayu, termasuk 3,637,312 pengundi Melayu generasi muda di bawah umur 39 tahun.
Daripada jumlah itu pula, 1,566,562 adalah pengundi Melayu di bawah umur 29 tahun tetapi tidak ada data khusus untuk pengundi di bawah 25 tahun yang kebanyakannya berada di pusat-pusat pengajian.
Dalam pada itu Bastien berharap, mana-mana calon tidak dipilih dan sudah berumur yang juga tidak terpilih lagi agar tidak memboikot selain mensabotaj calon PRU kali ini.
"Kita di dalam BN telah diajar untuk akur dan wala'. Semalam Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Tan Sri Abdul Ghani Othman sudah memberi amaran agar ahli parti menjauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti menjelang PRU14.
"Saya sendiri percaya budaya seperti ini tidak akan berlaku kerana ia hanya akan merugikan BN. Saya juga berharap rakyat akan menyokong mana-mana calon BN yang dibariskan oleh Datuk Seri Najib," ujarnya.
Tegasnya, BN sendiri sudah membuktikan tidak akan meletakkan calon berusia 80 ke atas.
"Semua lapisan umur akan diwakili dengan baik agar suara-suara mereka dibawa di dalam Parlimen tanpa meninggalkan mana-mana lapisan dan kategori masyarakat.
"Saya ingin mengingatkan orang muda bahaya memilih calon Perdana Menteri yang berumur 93 tahun dan 84 tahun.
"Tidak cukup jika hendak sandarkan sekadar kepada pengalaman semata-mata kerana ada sebahagian pengalaman mereka amat pedih untuk kita lalui semula," katanya.
Bastien turut melahirkan keyakinan individu berkenaan tidak akan berubah mengikut kesesuaian generasi masa hadapan negara
Dalam perkembangan berasingan, Bastien memberitahu, manifesto BN Johor memberi penekanan khusus kepada golongan muda dalam kemajuan diri.
"Segala-galanya terbentang luas untuk digarap orang muda seperti peluang untuk meningkatkan SME dengan geran khas sehingga bantuan RM500 kepada pasangan yang berkahwin.
"Manifesto juga menyentuh secara tepat kepada usaha peningkatan kualiti pendidikan yang juga bersandarkan kepada pembangunan keluarga yang Islami.
"Peluang pekerjaan sebanyak 5,000 orang di Pengerang dan industri perabot untuk diisi oleh anak muda. Begitu juga pengkhususan kuota sebanyak 20,000 unit rumah Rumah Mampu Milik Negeri Johor (RMMJ) kepada orang muda," jelasnya.
Selain itu katanya, insentif sebanyak RM1,000 kepada mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran di universiti awam dan RM10,000 menjadi bukti bahawa Johor menyokong pembangunan orang muda.
Tambahnya, fokus peningkatan kapasiti orang muda merupakan teras pemangkin kepada mencapai dekad baharu Johor.
Wan Syamsul Amly
Sat Apr 14 2018
BASTIEN: Mana-mana calon tidak dipilih dan sudah berumur yang juga tidak terpilih diminta tidak memboikot selain mensabotaj calon PRU kali ini. - Gambar fail
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.