Tiada halangan untuk Pakatan Harapan mengguna pakai simbol atau lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
Beliau berkata adalah jelas seperti yang dimaklumkan sebelum ini bahawa mana-mana calon yang berhasrat bertanding atas tiket PKR dan menggunakan simbol PKR tertakluk kepada kebenaran daripada parti itu sendiri, bukannya SPR.
"Namun SPR mengingatkan bahawa bagi tujuan untuk mengambil bahagian dalam PRU14, parti-parti politik mestilah merupakan parti yang didaftarkan dan dibenarkan menjalankan segala aktivitinya di bawah Akta Pertubuhan 1966," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Mohd Hashim berkata bagi parti politik yang bersetuju untuk membenarkan mana-mana bakal calon bertanding mewakili parti berkenaan, mereka diminta membawa surat kebenaran bertulis.
BACA.FAHAM.UNDI: IKUTI LIPUTAN KOMPREHENSIF PRU14 DI SINI!
Tambahnya kebenaran bertulis itu mestilah ditandatangani oleh pegawai parti yang bertanggungjawab membenarkan calon itu menggunakan simbol parti tersebut selaras dengan Peraturan 11(2)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Mohd Hashim berkata mana-mana calon yang tidak mendapat kebenaran secara bertulis daripada parti yang ingin diwakilinya, sekiranya layak untuk bertanding, pegawai pengurus akan memperuntukkan kepadanya satu simbol yang sedia ada yang telah ditetapkan sebagai ganti.
"SPR menegaskan, selagi mana syarat dipatuhi, individu tersebut adalah layak untuk mewakili mana-mana parti yang telah memberikan kebenaran bertulis tersebut," katanya.
Menjelas lanjut, katanya tiada peruntukan yang menyatakan ahli parti hanya boleh mewakili partinya sahaja dalam PRU.
Katanya SPR juga tidak pernah menghalang selagi Perkara 11(2)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 tersebut dipatuhi sepenuhnya.
Mohd Hashim berkata SPR akan mengeluarkan peraturan dan garis panduan lengkap mengenai penggunaan logo dan bahan kempen dalam masa terdekat untuk menjelaskan kepada semua pihak berkepentingan. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 18 2018
MOHD HASHIM: Tiada halangan untuk Pakatan Harapan mengguna pakai simbol atau lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). -Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRU14: Tiada halangan pembangkang guna logo PKR - SPR
Mana-mana calon yang berhasrat bertanding atas tiket PKR dan menggunakan simbol PKR tertakluk kepada kebenaran daripada parti itu sendiri, bukannya SPR.
SPR bincang tarikh PRU14 esok
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengadakan Mesyuarat Khas esok bagi urusan Pilihan Raya Umum ke-14.
SPR tangguh prosiding siasatan persempadan semula negeri Selangor
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menangguhkan prosiding siasatan tempatan terhadap cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Selangor.
UMNO juga tidak puas hati persempadanan semula SPR - Noh Omar
Usul persempadanan semula dicadangkan SPR turut menyebabkan UMNO tidak berpuas hati kerana dilihat mampu mengurangkan sokongan pengundi Melayu.
Pakatan Harapan cadang Selangor, P. Pinang bantah persempadanan semula
Pilihan tersebut diambil memandangkan dua negeri itu mempunyai kuasa berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.
SPR nafi persempadanan bahagian pilihan raya adalah untuk kepentingan pihak tertentu
SPR menafikan dakwaan yang mengatakan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya dibuat untuk kepentingan pihak tertentu.