awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Anak tentera turut 'turun' mengundi

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
15/11/2022
02:41 MYT
PRU15: Anak tentera turut 'turun' mengundi
Anggota tentera di Kem Seri Pantai, Kuala Nerus yang menempatkan Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) (Para), membawa anak masing-masing ketika mengundi awal pada Selasa - Astro AWANI
KUALA NERUS: Puluhan anak-anak tentera turut memeriahkan suasana proses Pengundian Awal di Kem Seri Pantai, Seberang Takir, Terengganu.
Menurut ibu bapa mereka yang juga merupakan anggota tentera, anak-anak mereka yang berumur daripada satu hingga empat tahun itu dibawa bersama kerana kedua-dua pasangan akan mengundi hari ini.
Tinjauan Astro AWANI mendapati, pelbagai karenah dan ragam anak-anak kecil ini, terdapat yang berlari berkejaran dan ada juga yang bermain gajet yang diberikan ibu bapa.
Kesemua anak-anak ini turut dibenar dibawa ke dalam Pusat Mengundi Awal (PMA) sekali gus dapat memberi pengalaman pendedahan awal kepada mereka mengenai sistem demokrasi negara.
Anggota tentera turut membawa anak ke dalam Pusat Mengundi Awal (PMA) - Foto/AstroAWANI
Anggota tentera turut membawa anak ke dalam Pusat Mengundi Awal (PMA) - Foto/AstroAWANI
Seramai 800 anggota dan pasangan tentera mengundi di dua saluran di Kem Seri Pantai bagi memilih wakil rakyat bagi Parlimen Kuala Nerus (P035).
Kem ini menempatkan Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) (Para).
Bagi memberi kelancaran proses pengundian, waktu mengundi mereka dibahagikan kepada kompani masing-masing dan tidak buat secara serentak.
Kem Seri Pantai merupakan salah satu daripada 24 PMA di seluruh Terengganu dengan 35 saluran.
Seramai 2,483 anggota tentera dan pasangan manakala 4,542 anggota polis dan pasangan mengundi hari ini.
Topic Berkaitan
#pengundian awal
#PRU15
#tentera
#Kuala Nerus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan