awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Cuaca baik diramal pada sebelah pagi di beberapa negeri esok

Bernama
Bernama
18/11/2022
05:13 MYT
PRU15: Cuaca baik diramal pada sebelah pagi di beberapa negeri esok
Suhu di seluruh negara diramal sekitar 23 darjah Celcius dan maksimum 33 darjah Celcius sepanjang hari pengundian esok. - Gambar hiasan BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik pada sebelah pagi di beberapa negeri, pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.
MetMalaysia menerusi laman sesawangnya memaklumkan tiada hujan diramalkan pada sebelah pagi di Kuala Lumpur dan Perlis.
Cuaca di Putrajaya pula dijangka baik pada sebelah pagi dan petang, manakala Melaka dan Labuan diramalkan mengalami cuaca baik, waktu petang.
MetMalaysia turut meramalkan ribut petir dan hujan dijangka berlaku di kebanyakan negeri pada sebelah petang terutamanya negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan, serta negeri-negeri di sebelah utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Bagi Sarawak, cuaca diramalkan baik pada sebelah pagi esok, namun hujan di beberapa kawasan pada sebelah petang.
Di Sabah, empat kawasan diramalkan mengalami hujan serta ribut petir pada waktu pagi dan petang iaitu di Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang.
Suhu di seluruh negara diramal sekitar 23 darjah Celcius dan maksimum 33 darjah Celcius sepanjang hari pengundian esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#cuaca baik
#hujan
#ribut petir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan