awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Cuepacs minta penjawat awam tunai tanggungjawab mengundi

Bernama
Bernama
09/11/2022
14:05 MYT
PRU15: Cuepacs minta penjawat awam tunai tanggungjawab mengundi
Adnan berkata berdasarkan perkembangan yang berlaku sejak PRU14, penjawat awam sudah berpengalaman bekerja di bawah beberapa kerajaan yang berfungsi sebagai majikan mereka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat meminta semua penjawat awam agar menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 Nov ini.
Adnan berkata berdasarkan perkembangan yang berlaku sejak PRU14, penjawat awam sudah berpengalaman bekerja di bawah beberapa kerajaan yang berfungsi sebagai majikan mereka.
"Penjawat awam sudah faham dan boleh memilih majikan yang paling dekat di hati (pada PRU15 nanti)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Takaful Kemalangan Diri Khas Untuk Anggota Beruniform dan Bersenjata - myPOLISPA dan myPENGUATKUASAPA di sini hari ini.
Adnan turut menasihatkan penjawat awam yang menjadi petugas PRU15 untuk menjalankan tugas dengan baik bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 Nov sebagai hari pengundian dan undi awal pada 15 Nov.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Kerajaan Selangor setuju beri cuti umum pada 18 Nov - MB Selangor
SEMAK CALON PRU15 DI SINI!
Mengenai pelancaran program takaful kemalangan diri myPOLISPA dan myPENGUATKUASAPA, Adnan berkata ia bertujuan memberi perlindungan khas kepada anggota polis dan penguatkuasa bersenjata apabila berlaku kematian, cacat anggota badan secara kekal, penuh atau separa ketika bertugas.
Beliau berkata program takaful itu menawarkan perlindungan kewangan sehingga RM440,000 dengan kadar caruman RM8 sebulan.
Katanya program itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 anggota polis dan penguatkuasa bersenjata di Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan kakitangan pihak berkuasa tempatan yang sentiasa berdepan risiko ketika bertugas.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman yang mewakili Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani pada majlis itu merakamkan penghargaan kepada Cuepacs susulan program perlindungan takaful yang dilancarkan.
"Sebelum ini petugas penguatkuasa tidak dilindungi jika berlaku apa-apa. Jadi dengan adanya myPOLISPA dan myPENGUATKUASAPA, semua petugas akan memperoleh manfaat sekiranya berlaku sebarang kemalangan kepada mereka," katanya.
Program takaful itu ditawarkan mulai hari ini dan maklumat boleh diakses melalui https://cuepacscare.my/.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#cuepacs
#penjawat awam
#mengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan