Berdepan saingan empat penjuru, Datuk Seri Jeffrey Kitingan menewaskan calon Pakatan Harapan Grelydia Gillod dengan majoriti 8,055 undi.
Turut tewas di kerusi Parlimen itu ialah Calon Parti KDM, Jake Nointin yang hanya memperoleh 9,598 undi manakala calon Warisan Rasinin Koutis pula hanya mendapat 7,020 undi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seramai 87,588 pengundi berdaftar di Parlimen Kota Belud.
Sementara, 62.65 peratus dilapor keluar mengundi pada PRU15.