AYER KEROH: Keputusan membubarkan Parlimen dalam memastikan kestabilan politik yang dibuat baru-baru ini, adalah bagi memulangkan semula mandat kepada rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana mandat rakyat merupakan senjata ampuh bagi mewujudkan kerajaan yang stabil dan dihormati selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
“Pada 10 Oktober lepas saya telah mengumumkan pembubaran Parlimen yang mana dengan pengumuman itu, mandat akan dipulangkan kembali kepada rakyat.
“Mandat rakyat adalah penawar ampuh bagi menzahirkan kestabilan politik dan mewujudkan kerajaan yang teguh, stabil serta dihormati selepas PRU15.
“Saya yakin Keluarga Malaysia Melaka akan menggunakan hak untuk memilih Kerajaan yang mampu mengekalkan kestabilan politik, memulih dan mengukuh ekonomi serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC) di sini, petang Jumaat.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15 DI SINI!
Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid.
Dalam pada itu beliau turut menyangkal dakwaan pembangkang yang sering mendakwa Malaysia bukan lagi destinasi pelaburan asing.
Ujarnya, kerajaan sentiasa memantau kesan inflasi kepada harga barangan asas hingga berjaya mengawalnya ke tahap lebih rendah berbanding negara serantau.
“Pembangkang mendakwa, kononnya Malaysia bukan lagi destinasi pelaburan asing, namun bagi separuh pertama 2022, pelaburan langsung asing (FDI) mencatat aliran langsung bersih lebih tinggi bernilai RM47.4 bilion.
“Saya berkeyakinan ekonomi negara tahun ini mampu mencapai sasaran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) antara 6.5 peratus hingga 7 peratus dengan mengambil kira pencapaian separuh pertama tahun 2022 sebanyak 8.9 peratus,” tambahnya.
Malah tambah beliau, Malaysia juga sebelum ini telah diiktiraf sebagai negara ke-18 paling aman di dunia daripada 163 negara dan kedua di Asia berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI) 2022.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Oct 14 2022
Ismail Sabri (tengah) menghadiri Majlis Perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dekat Ayer Keroh hari ini. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Presiden Serbia bubar Parlimen, pilihan raya awal dijadual pada 17 Disember
Aleksandar Vucic meminta rakyat dan ahli politik untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya itu.
Thailand bubar Parlimen, tetapkan pilihan raya pada Mei
Raja Maha Vajiralongkorn telah mengesahkan dekri untuk membubarkan Parlimen, menurut Warta Diraja yang diterbitkan pada Isnin.
Thailand akan bubar Parlimen pada Mac, pilihan raya 7 Mei
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha akan membubarkan parlimen pada Mac dan pilihan raya mungkin akan diadakan pada 7 Mei.
PRU15: Mahkamah putuskan PM tak perlu berunding dengan Kabinet untuk bubar Parlimen
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkata Ismail Sabri berhak membuat keputusan sendiri kerana itu adalah hak mutlak beliau sebagai Perdana Menteri.
Pasukan Jihad Tangani Inflasi masih berfungsi, tidak bubar - Annuar
Annuar berkata pasukan itu juga tidak dibubarkan kerana masalah berkaitan inflasi masih lagi menjadi tanggungjawab kerajaan ketika ini.
Keputusan pembubaran DUN Pulau Pinang diketahui petang Rabu
Keputusan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan diketahui selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada petang Rabu.
PRU15: UMNO mohon bubar Parlimen demi kemaslahatan, masa depan rakyat - Zahid
UMNO memohon Parlimen dibubarkan ketika kerajaan campuran berada di puncak kuasa demi kemaslahatan dan masa depan rakyat serta negara, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pas kecewa situasi memaksa Parlimen dibubar tergesa-gesa - Abdul Hadi
Pas melahirkan rasa kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan yang agak tergesa-gesa.
PRU15: BN perlu bertanggungjawab jika berlaku kemudaratan - Hannah Yeoh
Hannah Yeoh berharap BN akan bertanggungjawab seandainya berlaku sebarang kemudaratan akibat PRU15 yang diadakan semasa musim bah.
PRU15: 'Ini masa untuk memecut' - Rafizi
Rafizi berkata ada kemungkinan PRU15 akan berlangsung sebelum minggu kedua November.