KOTA BHARU: Banjir yang kerap kali melanda kawasan Rantau Panjang khasnya di kampung Tersang menyebabkan sebahagian besar mereka tidak keluar menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihnaraya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri, Adun Gual Periok, Datuk Mohamad Awang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan Dun, (Pembentangan Belanjawan 2023) di sini hari ini.

Katanya dalam soalan tambahan yang dikemukakan, beliau bertanyakan berkenaan khidmat kaunseling kepada mangsa banjir selepas kerap mengalami banjir di kawasan mereka.

"Mangsa banjir sudah hilang keyakinan kepada kerajaan dalam menangani masalah banjir yang kerap kali berlaku di kampung mereka, sehinggakan mereka tidak mahu keluar mengundi pada PRU lalu," katanya.

"Terdapat lebih 2,000 mangsa banjir dari beberapa kampung sekitar Rantau Panjang yang baru-baru ini terpaksa berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam jangka masa lama.

"Mereka itu adalah mangsa banjir yang mengalami banjir dua kali pada tahun ini kerana limpahan air sungai Golok," katanya.

Mohamad berkata, mereka (mangsa banjir) terkesan secara emosi dan sikologi sehinggakan mereka tidak keluar mengundi walaupun berada di PPS.

Menjawab soalan dari ADUN Gual Periok itu, pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Datuk Mumtaz Md Nawi pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 hari ini memaklumkan bahawa kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan khidmat kaunselor kepada mangsa banjir untuk memberikan sokongan moral serta nasihat kepada mangsa banjir di PPS.

Kaunselor itu berperanan memberikan nasihat bagi menangani kesan sikologi dan emosi kepada mangsa banjir yang kerap kali berdepan banjir di kawasan mereka.