awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pelawa Tajuddin wakili Pas tidak pernah dibincangkan

Sinar Harian
Sinar Harian
27/06/2022
00:00 MYT
PRU15: Pelawa Tajuddin wakili Pas tidak pernah dibincangkan
Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, perkara itu di luar pengetahuan beliau dan memaklumkan pembahagian kerusi mahupun calon perlu mendapat persetujuan Pas Pusat. - Foto Sinar Harian
ALOR SETAR: Tindakan Pas Perak mempelawa Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) mewakili Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak pernah dibincangkan.
Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, perkara itu di luar pengetahuan beliau dan memaklumkan pembahagian kerusi mahupun calon perlu mendapat persetujuan Pas Pusat.
“Perbincangan mengenai perkara itu antara Pas Perak dengan Pas Pusat belum dibuat, tak ada... kita tak bincang lagi,” katanya ringkas selepas hadir program Multaqa Murabbi Ummah dirasmikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Seri Mentaloon pada Ahad.
Pada Sabtu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dilaporkan berkata, pihaknya mempelawa Tajuddin yang digugurkan daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk bertanding atas tiket PN mewakili parti itu sekiranya bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) itu tidak diberikan tempat oleh Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Pasir Salak pada PRU15.
Razman berkata, pelawaan tersebut dibuat bukan bermaksud mahu mencampuri urusan parti-parti lain, sebaliknya mengambil kira situasi semasa yang mahu agar PRU15 diadakan segera.
Media pada Khamis melaporkan Tajuddin digugurkan daripada ahli MKT UMNO berkuat kuasa 21 Jun lalu atas alasan sikap beliau yang mengkritik parti.
BACA: Tajuddin digugur ahli MKT UMNO
Sebelum ini Tajuddin turut digugurkan sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO selepas beliau dilihat kerap kali bercanggah pandangan dengan kepimpinan tertinggi parti dalam beberapa isu termasuk masa sesuai untuk PRU15 diadakan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tajuddin Abdul Rahman
#Pas Perak
#Muhammad Sanusi Md Nor
#bertanding atas tiket Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan