SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) akan mempertimbangkan permintaan sayap Wanita PH yang mahu Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau maklum mengenai permohonan itu dan perkara itu akan dipertimbangkan selain fokus pakatan itu adalah bagi persiapan jentera parti untuk memenangkan calon-calon PH.
"Ada permohonan dan pertimbangan serta permintaan daripada Wanita PH, kita akan bagi pertimbangan. Saya pun belum tahu (Wan Azizah) akan bertanding atau tidak," katanya kepada media selepas melancarkan Iltizam Wanita PH dan Jentera PRU15 di sini hari ini.
Pada PRU14, Wan Azizah yang mewakili PKR di Parlimen Pandan menang besar 52,543 undi majoriti menewaskan calon BN Leong Kok Wee.
Dalam pada itu, Presiden PKR itu juga berkata PH akan sedaya upaya memastikan sasaran 30 peratus wanita sebagai calon dalam pilihan raya dapat dicapai.
"Bagi kita kalau dapat capai 30 peratus itu satu permulaan yang meyakinkan. Itu juga adalah tuntutan Wanita PH dan kita tidak boleh pandang ringan permintaan ini kerana mereka adalah tonggak dan kekuatan dalam gerakan kita," katanya.
Anwar juga sekali lagi menegaskan bahawa keputusan PH untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan adalah bagi memastikan ketiga-tiga negeri itu dapat menumpukan usaha bagi persediaan menghadapi musim banjir.
--BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022
Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau maklum mengenai permohonan itu dan perkara itu akan dipertimbangkan selain fokus pakatan itu adalah bagi persiapan jentera parti untuk memenangkan calon-calon PH. - Gambar fail/Astro AWANI
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
PRU15: Permintaan Wanita PH untuk Wan Azizah bertanding akan dipertimbangkan - Anwar
Perkara itu akan dipertimbangkan selain fokus pakatan itu adalah bagi persiapan jentera parti untuk memenangkan calon-calon PH.