SHAH ALAM: Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Omar Mokhtar A Manap menepis dakwaan mengatakan bahawa Pakatan Harapan (PH) menolak pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada tahun ini kerana masih belum bersedia.
Malah, beliau menegaskan bahawa tidak pernah berlaku dalam sejarah negara di mana parti pembangkang menolak untuk mengadakan PRU kerana ia merupakan platform yang paling tepat untuk menukar kerajaan.
“Kita dah lama bersedia, kita bersedia dari Langkah Sheraton lagi dengan pengkhianatan mandat rakyat itu yang mana UMNO turut beri sokongan kononnya untuk kestabilan.
“Ya betul, kita terkesan serba sedikit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), tapi itu bukanlah alasan untuk kita terus mengalah.
"Kita pernah kalah teruk pada tahun 2004, cuma dapat satu kerusi di Permatang Pauh (Parlimen).
“Tapi PKR terus bangkit bergerak kerana apa yang kita perjuangkan adalah suara rakyat. Jadi kita sentiasa bersedia untuk menukar kerajaan pada bila-bila masa dengan cara demokrasi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika program Sinar Live bertajuk Perang PRU15 Bermula yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Isnin.
Hadir sama dalam program diacarakan oleh Hazwan Mokhtar ialah Exco Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa pada Isnin selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada PRU15.
Omar berkata, pendirian PH yang tidak cenderung untuk mengadakan PRU15 adalah dengan mengambil kira situasi semasa dihadapi rakyat yang ketika ini masih berdepan dengan tekanan ekonomi dan ditambah risiko bencana banjir yang dijangka berlaku pada akhir tahun ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, dengan pelaksanaan PRU15 itu, kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diharapkan dapat memastikan kaedah dan mekanisme keselamatan terbaik untuk rakyat yang bakal keluar mengundi.
Katanya, SPR juga perlu memastikan supaya jumlah pengundi mencapai sasaran yang ditetapkan.
“Selain itu yang paling penting juga adalah agar PRU15 ini memberikan keutamaan terhadap isu yang membelenggu rakyat seperti ekonomi dan kos sara hidup,” ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 11 2022
Omar ketika menjadi panelis pada program Sinar Live bertajuk Perang PRU15 Bermula yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Isnin. -Foto Sinar Harian
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
PRU15: PH sudah bersedia sejak Langkah Sheraton - AMK
Beliau menegaskan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara di mana parti pembangkang menolak untuk mengadakan PRU kerana ia merupakan platform yang paling tepat untuk menukar kerajaan.