awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
Warga Tentera Darat perlu bangkit, kekal berintegriti dan berkemahuan menang - PTD
Kes tembakan: Polis Selangor giat lakukan operasi bersama JSJ Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: PN Perak bakal tampil ramai calon anak tempatan

Bernama
Bernama
29/10/2022
09:17 MYT
PRU15: PN Perak bakal tampil ramai calon anak tempatan
Perikatan Nasional Perak bakal menampilkan lebih ramai calon tempatan dengan pelbagai latar belakang pengalaman politik dan profesion pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. - Gambar fail BERNAMA
IPOH: Perikatan Nasional (PN) Perak bakal menampilkan lebih ramai calon tempatan dengan pelbagai latar belakang pengalaman politik dan profesion pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, senarai penuh calon akan diumumkan minggu hadapan serentak bersama-sama manifesto mereka.
"Bagi kami, kita tiada bawa heavy weight kita semua nama biasa, mungkin dalam Pakatan Harapan (PH) ada nama heavy weights yang mereka anggap heavy weights.
"Alhamdulillah, sehingga kini di PN amat baik. Saya nampaklah ada yang mereka berharap ingin jadi calon yang merasa kecil hati dan sebagainya, namun saya nampak akhirnya kita istiqamah dengan berhasrat untuk menolong dan terus bantu-membantu parti," kata penyandang kerusi Parlimen Tambun itu selepas program Perak Foodbank berkaitan pemeriksaan kesihatan hari ini.
Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu berkata, parti tersebut dijangka bertanding lebih banyak kerusi Parlimen di Perak, berbanding rakan komponen PAS dan Gerakan.
Namun, katanya, sehingga kini tiada berlaku perebutan kerusi di dalam kem PN, kerana telah dimuktamadkan di kesemua peringkat dan komponen mereka.
Perak mempunyai 59 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 24 kerusi Parlimen. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#PN Perak
#calon heavy weights
#Ahmad Faizal Azumu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan