PORT DICKSON: Aktivis, Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih dikenali 'Ayahanda Rani Kulup' mengesahkan bakal mempertaruhkan nasib di kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Dia yang berusia 67 tahun itu berkata, kemunculan sulungnya itu dibuat selepas lebih 20 tahun berjuang membawa suara rakyat melalui platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Ujarnya, beliau akan bertanding atas tiket Parti Barisan Penyatuan Nasional (BPN).
Rani dijangka berdepan saingan sengit daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mewakili Pakatan Harapan (PH) selain pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nazri mewakili Gerakan Tanah Air (GTA).
"Ayah hendak bertanding ni untuk rakyat, masyarakat di Port Dickson ini angkat ayah, undi ayah, campak Ayah ke Parlimen untuk mendapatkan kuasa membantu rakyat, asnaf, orang susah yang susah hendak berjumpa dengan orang-orang yang boleh menyelesaikan masaah mereka," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15. KLIK DI SINI!
Mengulas lanjut katanya, keputusannya untuk bertanding di Port Dickson juga adalah kerana hasratnya untuk menyelesaikan isu veteran tentera.
Katanya, ia kerana difahamkan terdapat kira-kira 80 peratus veteran tentera berada di Port Dickson.
Malah katanya, beliau juga telah berkhidmat dalam tentera selama 22 tahun sehingga tahun 1995 dengan jawatan terakhir sebagai Rejimental Sarjan Mejar di Kementerian Pertahanan.
Untuk rekod, kerusi Parlimen Port Dickson sebelum ini dimenangi oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Dickson menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu dengan 31,016 undi dan majoriti sebanyak 23,560 undi.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Oct 26 2022
Menurut Rani,keputusannya untuk bertanding di Port Dickson juga adalah kerana hasratnya untuk menyelesaikan isu veteran tentera. - Gambar fail
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: 'Saya bukan penjenayah, saya akan fail semakan di Mahkamah Tinggi'
Datuk Peter Anthony akan memfailkan penyemakan status kepada Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat untuk menyemak sama ada beliau layak atau tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15).
PRU15: Kekecohan tercetus di Tenom
Tular di media sosial satu laporan kekecohan tercetus di Tenom, Sabah dengan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat hadir bagi mengawal keadaan.
Calon PRU15: 'Kami tak mengundi, jika penyandang Parlimen Maran tidak dipilih' - Tok Batin
Masyarakat Orang Asli di Parlimen Maran yang mahukan penyandangnya, Datuk Seri Ismail Abd Mutalib kekal menjadi calon di kawasan itu.
PRU15: PKR, BN diramal lebih dominan di Tambun - Penganalisis
Parti gergasi seperti UMNO dan PKR akan menjadi lebih dominan meskipun kerusi itu adalah milik Bersatu.
PRU15: Nik Omar Nik Abdul Aziz bertanding di Perak, bawah kuota PKR - Anwar
PKR akan meletakkan Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai salah seorang calon PKR pada PRU15.
PRU15: GRS akan sokong calon BN, mahu BN sokong calon GRS - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
PRU15: Srikandi Sabah cadang empat calon wanita, ada pelajaran dan bijak politik
Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengenal pasti empat calon wanita yang akan berentap pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).