awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Soal siapa TPM tunggu dulu, GPS utamakan rakyat - Abang Jo

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
20/11/2022
11:01 MYT
PRU15: Soal siapa TPM tunggu dulu, GPS utamakan rakyat - Abang Jo
Abang Johari (tengah) memegang kenyataan rasmi GPS berhubung sokongan terhadap PN untuk membentuk kerajaan persekutuan. - Astro AWANI
KUCHING: Persoalan adakah jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) akan dilantik daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan perkara pokok bagi parti itu.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan dalam pembentukan kerajaan baharu itu, GPS sentiasa meletakkan kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara sebagai keutamaan.
“Perkara itu diletakkan kemudian (kemungkinan TPM dari Sarawak), rakyat adalah lebih penting, kita tidak mahu terlalu sibu dengan siapa hendak jadi TPM.
“GPS utamakan rakyat kita utamakan kepentingan Sarawak, jika mereka (BN, PN dan GRS) mahu mengejar kita, kita boleh bekerjasama, kita jaga budaya kita sendiri,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini pada Ahad.
Pengerusi GPS itu juga menjelaskan tiada sebarang perjanjian lain yang dimeterai antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Kenyataan hari ini adalah perkara yang telah diputuskan juga sebagai syarat daripada GPS untuk membentuk kerajaan, dan yang paling utama untuk situasi politik sekarang ini ialah semua mengenepikan kepentingan masing-masing.
“GPS dan GRS merupakan dua blok Borneo akan memberikan sokongan, apabila jumlah nombor untuk keputusan pilihan raya itu sudah ada, kita akan sokong kerajaan yang stabil,” ujarnya lanjut.
Terdahulu, Abang Johari memaklumkan GPS telah bersetuju untuk membentuk sebuah kerajaan campuran bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin (BN), Datuk Seri Ismail Sabri (PN), dan Datuk Seri Hajiji Noor (GRS).
Gabungan ini sekaligus membentuk komposisi mudah iaitu 131 kerusi sekaligus membolehkan sebuah kerajaan persekutuan baharu ditubuhkan selaras dengan Perlembagaan Malaysia.
PRU15 menyaksikan GPS memenangi sejumlah 22 daripada 31 kerusi parlimen di Sarawak.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Abang Johari Tun Openg
#Perikatan Nasional
#GPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan