awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
Gencatan senjata Gaza: Realiti lapangan tidak seiring pelan, curiga keadaan tambah baik – Presiden MAPIM
Ranking Zii Jia terus merudum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tempoh pengundian dipanjangkan satu jam - Wan Junaidi

Firdaus Azil
Firdaus Azil
04/10/2022
04:22 MYT
PRU15: Tempoh pengundian dipanjangkan satu jam - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, SPR dengan kerjasama SPRM dan PDRM memandang serius kesalahan dan pelanggaran undang-undang pilihan raya yang berlaku sebelum, semasa dan selepas tempoh berkempen. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tempoh masa pengundian bagi pilihan raya umum akan datang (PRU15) bagi Semenanjung Malaysia akan dipanjangkan selama 1 jam, iaitu bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar melalui jawapan bertulis di Parlimen berkata, bagi Sabah dan Sarawak, tempoh mengundi adalah antara 7.30 pagi dan 5.30 petang.
Menurutnya, ia merupakan antara penambahbaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini lebih efisyen, adil dan telus.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jerlun) yang mahu mengetahui penambahbaikan oleh SPR bagi memastikan peratusan keluar mengundi yang tinggi serta menjamin ketelusan proses mengundi pada PRU15 dan seterusnya.
Selain itu, Mukhriz mahu mengetahui langkah-langkah yang diambil bagi mengelak dari berlakunya penyelewengan ketika mengundi.
Antara langkah penambahbaikan yang dinyatakan Wan Junaidi ialah penambahan saluran khusus bagi pengundi 60 tahun ke atas dan warga kurang upaya.
Selain itu, terdapat juga penambahan pusat mengundi dan saluran, bagi tujuan mengelakkan kesesakan, ekoran penambahan pengundi daripada pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pengundi automatik
Wan Junaidi berkata, SPR dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kesalahan dan pelanggaran undang-undang pilihan raya yang berlaku sebelum, semasa dan selepas tempoh berkempen oleh mana-mana parti atau calon.
Sebarang aduan kesalahan dan pelanggaran undang-undang pilihan raya yang dibuat, katanya lagi, sewajarnya diajukan kepada pihak SPRM dan PDRM untuk tindakan susulan.
Topic Berkaitan
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#tempoh mengundi
#Dewan Rakyat
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan