awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
Jika pemain tiada penaja, lebih baik bersama skuad kebangsaan - Wei Feng
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tiga cadangan Armada untuk tangani isu pengangguran anak muda

Israr Khalid
Israr Khalid
21/10/2022
00:45 MYT
PRU15: Tiga cadangan Armada untuk tangani isu pengangguran anak muda
Ekonomi 'gig' perlu diperkasa supaya ia lebih bermaruah untuk dijadikan karier oleh anak muda. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Biro Perundangan, Dasar & Hubungan Antarabangsa Armada, Muhammad Hafiz Hood mengajukan tiga cadangan untuk menangani isu pengangguran dalam kalangan anak muda.
Pertama, pencukaian perlu lebih tersasar dan berstruktur supaya anak muda yang baru memulakan kehidupan tidak terbeban dengan kadar sama ditanggung golongan lain.
“Saya percaya, untuk mensasarkan cukai kepada mereka bukanlah sesuatu tindakan yang bijak.
“Jadi mungkin boleh dilaksanakan pengurangan atau polisi cukai yang berbeza untuk anak-anak muda bawah 30 tahun,” katanya dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Kedua, kerajaan harus memanfaatkan kerancakan ekonomi ‘gig’ hari ini, yang sebahagian besar penggiatnya adalah anak muda, dengan mewujudkan satu mekanisme yang dapat menjamin kebajikan mereka.
Katanya, pekerjaan tanpa slip gaji dan caruman KWSP ini harus diperkasa supaya ia lebih bermaruah untuk dijadikan karier oleh anak muda.
Akhir sekali, cadangan ketiga adalah wajar untuk memberi perhatian kepada perihal pemilihan jurusan pengajian di institusi pengajian tinggi.
“Kita kena pastikan anak-anak muda ini memilih jurusan yang bersesuaian dengan minat masing-masing.
“Ini untuk memastikan apabila mereka selesai pengajian, bidang pekerjaan yang mereka masuki adalah bertepatan dengan jurusan yang diambil supaya tidak akan berlaku masalah memilih kerja.”
PRU15: Tiga cadangan Armada untuk tangani isu pengangguran anak muda
Topic Berkaitan
#Malaysia Memilih
#PRU15
#ARMADA
#Muhammad Hafiz Hood
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan