awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko

Pa and Ma
Pa and Ma
28/12/2025
15:30 MYT
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Walaupun kelihatan manis dan kreatif, pengamal perubatan menegaskan bahawa tindakan menyimpan kit ujian kehamilan walaupun sudah dicuci boleh mengundang risiko jangkitan kuman yang tidak disedari. - Gambar Pa and Ma
Perkongsian berita gembira mengenai kehamilan sememangnya antara detik paling bermakna buat pasangan suami isteri. Ada yang memilih untuk membuat kejutan istimewa kepada pasangan, manakala ada juga yang merakam reaksi ahli keluarga sebagai kenangan manis untuk disimpan sepanjang hayat.

Ringkasan AI
  • Trend menyimpan dan pamer kit ujian kehamilan menjadi perhatian dikalangan pengamal perubatan.
  • Doktor menegaskan kit ujian kehamilan sangat kotor disebabkan sentuhan air kencing, berpotensi membawa risiko jangkitan.
  • Disyorkan untuk cukup simpan kenangan dalam bentuk gambar, dan kit ujian kehamilan perlu dibuang dengan betul lepas digunakan.

Namun, dalam keterujaan menyambut khabar bahagia itu, aspek kebersihan tidak seharusnya dipandang ringan, terutamanya apabila melibatkan ibu hamil dan persekitaran rumah yang turut dihuni anak-anak kecil.
Trend simpan dan pamer kit ujian kehamilan jadi perhatian
Kebelakangan ini, tular di media sosial trend ‘surprise’ menggunakan kit ujian kehamilan yang telah digunakan. Ada yang menyimpannya dalam kotak hadiah, mempamerkannya di rumah malah menjadikannya sebagai prop kejutan ketika berkongsi berita kehamilan.
Walaupun kelihatan manis dan kreatif, pengamal perubatan menegaskan bahawa tindakan menyimpan kit ujian kehamilan walaupun sudah dicuci boleh mengundang risiko jangkitan kuman yang tidak disedari.
Doktor tegaskan kit ujian kehamilan sangat kotor
Pengamal perubatan, Dr. Irma Izzati, tampil menegur amalan segelintir wanita yang memilih untuk menyimpan dan mempamerkan kit ujian kehamilan sebagai kenangan.
Menurut beliau, walaupun air kencing hanya disentuh sedikit ketika ujian dilakukan, alat tersebut tetap dianggap kotor dan tidak selamat untuk disimpan dalam jangka masa panjang.
Tahu tak ia sangat kotor sebab alat ujian itu sentuh air kencing, walaupun hanya celup sedikit dan cuci, masih kotor,” jelasnya.
Risiko percikan air kencing tidak disedari
Tambah Dr. Irma lagi, terdapat risiko percikan air kencing yang mungkin tidak dapat dilihat atau disedari ketika ujian dilakukan. Percikan ini berpotensi membawa bakteria dan kekal pada permukaan kit ujian kehamilan walaupun selepas dibasuh.
Situasi ini boleh menjadi lebih berisiko sekiranya kit ujian tersebut:
  • Disimpan dalam tempoh lama
  • Diletakkan dalam bekas tertutup
  • Disentuh oleh kanak-kanak
  • Disimpan berhampiran barangan dapur atau makanan
Di klinik pun akan diminta terus dibuang
Menurut beliau, amalan menyimpan kit ujian kehamilan juga tidak dibenarkan di klinik atas faktor kebersihan dan keselamatan.
Tidak perlu disimpan walaupun sekadar untuk ditunjukkan, cukup ambil gambar atau lebih baik buat imbasan terus di klinik,” tegasnya.
Cukup simpan kenangan dalam bentuk gambar
Bagi pasangan yang ingin menyimpan kenangan indah kehamilan, doktor menyarankan agar cukup sekadar mengambil gambar kit ujian kehamilan tersebut. Gambar boleh dijadikan memori, dikongsi atau disimpan tanpa menjejaskan kebersihan dan keselamatan keluarga.
Selepas ujian dilakukan, kit ujian kehamilan disarankan untuk:
  • Dibalut dengan tisu atau plastik
  • Dibuang ke dalam tong sampah bertutup
  • Membasuh tangan dengan sabun selepas mengendalikannya
Bijak ikut trend, utamakan kesihatan keluarga
Tidak salah untuk meraikan berita kehamilan dengan cara kreatif dan penuh emosi. Namun sebagai ibu bapa, setiap trend perlu diteliti dengan bijak agar tidak menjejaskan kesihatan ibu, anak dan seluruh ahli keluarga.
Ingat, kehamilan adalah permulaan kepada satu amanah besar. Penjagaannya bermula sejak saat pertama berita gembira itu diketahui, termasuk dalam hal kebersihan yang sering dianggap remeh tetapi memberi kesan besar.
Topic Berkaitan
#jangkitan
#media sosial
#suami isteri
#ujian kehamilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan